web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Gerakkan Langkah Untuk Jadi PM?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 8:36PM

Dengan penyandang Parlimen UMNO yang sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa akan digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU-15), Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah meletakkan diri beliau sebagai calon Perdana Menteri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dengan penyandang Parlimen UMNO yang sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa akan digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah meletakkan diri beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Pemimpin yang menggantikan mereka bukan sahaja diberikan watikah pelantikan atau watikah sebagai calon tetapi juga diminta menandatangani surat menyokong Zahid dengan memberi beliau mandat bagi membentuk Kabinet sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-15.

Menurut sumber dalaman parti, ini termasuk menyokong Zahid untuk berunding dengan parti politik lain dan membentangkan anggota Kabinet pilihannya yang menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong akan menjemput pemimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak untuk membentuk kerajaan serta menawarkan individu tersebut untuk menjadi Perdana Menteri.

“Beliau akan pergi dari negeri ke negeri untuk menyampaikan surat watikah.

“Bagaimanapun menerima surat watikah adalah bersyarat kepada mereka yang menandatangani ikrar taat setia kepada presiden dan memberi mandat untuk membentuk kerajaan sekiranya BN-UMNO memenangi pilihan raya,” kata sumber itu.

Ini berikutan selepas The Vibes melaporkan bahawa beberapa pemimpin tertinggi parti itu iaitu Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Adham Baba, Datuk Seri Mohd Salim Shariff dan Datuk Halimah Mohamed Sadique, antara yang akan digugurkan.

Terdahulu, Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO, menerima tekanan hebat daripada parti itu dan Zahid untuk menggesa Parlimen dibubarkan.

Dalam beberapa siri konvensyen BN dan UMNO sebelum ini, ahli gabungan telah berkali-kali mendesak agar Parlimen dibubarkan.

Desakan ini menjadi lebih agresif selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di mana BN memperoleh kemenangan besar-besaran.

Walaupun Ismail Sabri berjaya menangguhkan pemilihan sejurus selepas PRN Johor, ahli parti sering menyuarakan bantahan mereka mengenai fakta ini.

UMNO berkali-kali menegaskan bahawa Ismail Sabri kekal sebagai calon Perdana Menteri BN dan menolak spekulasi bahawa Zahid cuba merebut jawatan tertinggi itu. - The Vibes, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 10 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95