web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Parlimen Tapah Kekal Ditandingi PKR, Bukan MUDA - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 9:42PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerusi Parlimen Tapah akan ditandingi oleh calon PKR dan bukannya Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rundingan terakhir mengenai pembahagian kerusi antara kepimpinan Pakatan Harapan (PH) telah diadakan semalam dan memutuskan kerusi itu kekal ditandingi oleh calon daripada PKR.

"Kita juga sudah berbincang dan putuskan (kerusi Parlimen) Sungai Siput dan Tapah serta Sembrong (Johor) kekal ditandingi calon daripada PKR.

"Walaupun ada pengumuman (MUDA bertanding di Parlimen Tapah) tetapi ia tidak betul kerana Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) telah maklumkan kepada saya bahawa (kenyataan Pengerusi Muda Perak Mutalib Uthman) tidak mewakili MUDA, Tapah itu kerusi PKR," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis minum petang bersama Anwar Ibrahim di Warung Nasi Lemak Kak Nor di Kampung Ulu Chemor di sini hari ini.

Sebelum ini, Mutalib dalam kenyataannya memaklumkan keputusan bertanding di Parlimen Tapah dibuat hasil rundingan kerjasama politik antara MUDA dan PH.

Anwar juga berkata Majlis Presiden PH telah bersetuju kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong kekal ditandingi DAP hasil keputusan secara konsensus setelah mengambil kira pandangan kedua-dua parti iaitu DAP dan Amanah.

“Walaupun AMANAH berikan hujah yang agak kuat (untuk bertanding di kerusi DUN Changkat Jong) tetapi setelah mengambil kira keputusan pelbagai pihak, kepimpinan PH (bersetuju) DUN Changkat Jong adalah untuk DAP," katanya.

Media sebelum ini melaporkan DAP dan AMANAH dilihat bertelagah berhubung DUN Changkat Jong apabila kedua-dua parti menamakan calon untuk bertanding di kerusi itu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bagaimanapun menegaskan bahawa tidak akan berlaku pertembungan kerana pucuk pimpinan PH sudah membuat keputusan menyerahkan kerusi itu kepada DAP. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad