web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Aminuddin Akui Calon Baharu Berdepan Tugas Getir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 7:17PM

Aminuddin Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Pengerusi PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui beliau dan dua calon baharu yang dipilih bertanding di tiga kerusi Parlimen negeri ini berdepan tugas getir pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Port Dickson menggantikan penyandang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala setiausaha akhbarnya Nor Azman Mohamad bertanding di Kuala Pilah.

Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha yang dipilih untuk bertanding di Rembau, berkemungkinan berdepan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Parlimen itu yang kini disandang Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Aminuddin berkata beliau tetap yakin barisan baharu calon PKR pada pilihan raya kali ini mempunyai kekuatan tersendiri bagi memenangi kerusi yang ditandingi.

"Memang getir, kita tahu dalam suasana politik hari ini... saya percaya kita masih ada peluang di tiga-tiga kawasan," katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan di Karnival Kerjaya 'Moh Chagi Kojo' di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri berkata gabungan itu mampu mempertahankan lima kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU-14 dan optimis PH dapat memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya kali ini.

PH turut menyenaraikan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin, masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Seremban dan Rasah.

Amanah pula akan mengumumkan tiga calonnya pada PRU-15 secara rasmi esok, di Wisma Amanah di ibu negara bagi kerusi Jelebu, Jempol dan Tampin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

2

Kolum 2 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

3

Rencana 3 hari yang lalu

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

4

Semasa 4 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM