web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Masih Belum Letak Jawatan, Tiada Kekosongan Jawatan Presiden PBM – Larry

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 3:08PM

Larry Sng - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng menegaskan akan terus menerajui parti itu dan penyandang Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin hanya akan menggantikannya pada ‘waktu yang sesuai’.

Larry yang juga penyandang Parlimen Julau turut mengesahkan beliau masih belum meletak jawatan, dipecat atau meninggalkan PBM, justeru tiada kekosongan jawatan presiden parti buat masa ini. 

“Pada 1 Oktober lalu, PBM telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) dan dalam ucapan, saya mengucapkan terima kasih kepada Zuraida kerana menyertai PBM, selain menyatakan hasrat saya untuk menjadikan beliau pengganti dalam parti pada “waktu sesuai” dalam masa terdekat.

“Usul terima kasih telah diluluskan sebulat suara oleh ahli perwakilan mengenai perkara ini. Ia telah dilaporkan dengan jelas dalam artikel yang keluar di akhbar The Star pada 2 Oktober lalu,” katanya.

Bagaimanapun beliau mendakwa, notis mesyuarat Majlis Tertinggi PBM yang dikeluarkan selepas itu pada 5 Oktober agar ia diadakan pada 7 Oktober, bukan di bawah arahannya.

Jelas beliau, mesyuarat itu tidak sah kerana mengikut Perlembagaan parti Fasal 21 (I) & (II), kuasa untuk memanggil sebarang mesyuarat adalah oleh Presiden dan notis tujuh hari mesti dikeluarkan, melainkan ditolak Presiden.

“Mesyuarat tersebut tidak memenuhi korum diperlukan, dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Haniza Mohamed Talha dan dihadiri beberapa Ahli Majlis Tertinggi, tetapi sebahagian besarnya (terdiri daripada) ahli parti yang tidak diiktiraf sebagai Ahli Majis Tertinggi oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Sejak mesyuarat itu, Setiausaha Agung (Nor Hizwan Ahmad) mengeluarkan kenyataan mendakwa Zuraida dilantik sebagai presiden baharu,” katanya.

Tegas Larry, tiada peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan parti yang membenarkan penyingkiran presiden atau mana-mana Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih, melainkan ia dilakukan

dalam AGM.

“Dalam mesyuarat tidak sah itu juga telah diputuskan bahawa Setiausaha Agung dilantik mewakili parti dalam menandatangani watikah calon pada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Tindakan itu jelas merampas kuasa presiden kerana saya yang bertanggungjawab menandatangani watikah untuk semua calon PBM pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini,” katanya.

Susulan insiden jelas Larry, beliau telah mengambil langkah menggantung keahlian Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan, diikuti Timbalan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi yang menjerumuskan parti ke dalam keburukan.

“Tindakan itu juga menyebabkan banyak ketidakpastian mengenai jawatan presiden yang dipilih secara sah dan bertentangan dengan kepentingan perwakilan parti,” katanya.

Ujarnya, hasrat perwakilan parti pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di Sibu, Sarawak, Januari lalu yang telah memilih barisan kepimpinan parti harus dihormati.

Dalam kenyataan malam tadi, Larry turut memaklumkan keahlian Zuraida dalam PBM digantung bersama 12 Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Menurut beliau, tindakan tersebut dibuat berpandukan kepada Perlembagaan parti Fasal 60 (iii) kerana mereka didapati menggugat kepentingan parti dan barisan kepimpinan mereka.

“Saya mengutuk sekerasnya tindakan demikian yang telah menjejaskan kepercayaan kepimpinan, selain menimbulkan banyak kekeliruan kepada ahli parti dan orang ramai,” katanya.

Dua belas individu lain yang turut digantung ialah Datuk Chua Lian Chye, Datuk Roger Tan Seng Huat, Dr Daroyah Alwi, Dr Sathiskumar Govindaraju, Haniza Mohamad Taha, Rahimah Majid, Muhammad Saiful Bahari Sahari.

Na’im Brundage, Zakaria Abdul Rahim, Abdul Aziz Abdul Kadir, Albakri Salim dan Muniraa Abu Bakar.

Larry berkata, kesemua individu berkenaan digantung sehingga jawatankuasa tatatertib ditubuhkan untuk meneliti perkara itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

2

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Tegas Tidak Letak Jawatan, Tekad Pacu Pembangunan Negara

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

4

Politik 2 tahun yang lalu

Gesa Pemimpin PN Letak Jawatan Tak Akan Ubah Keadaan - Santhara

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik