Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Bukan Sekadar Manifesto - PM

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 2:08PM

Ismail Sabri berucap di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2023 yang dibentangkan 7 Oktober lalu bukan sekadar manifesto untuk menggambarkan status kewangan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mempunyai keupayaan mempunyai untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat bagi memastikan tiada Keluarga Malaysia tercicir.

Menurut beliau, bajet bertema ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ itu merupakan yang terbesar dalam sejarah negara kerana menyediakan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

“Ia antara lain bagi memastikan segenap lapisan masyarakat tidak ketinggalan, sama ada di ceruk desa atau bandar, B40, M40, pelajar, Orang Kelainan Upaya (OKU), wanita, usahawan dan sebagainya, semua mendapat manfaat.

“Dalam mencapai aspirasi ini, sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi menyahut Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM),” katanya sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang, hari ini.

Dalam konteks negeri Pahang, Ismail Sabri berkata, fasa pertama BMTKM di Pahang akan melibatkan lapan lokaliti yang memanfaatkan 178 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Ia membabitkan Kampung Bohor Baru dan Perkampungan Orang Asli (KOA) Kuin/ Lengut, daerah Bera; Kampung Kechau Tui, daerah Lipis; Kampung Lada, daerah Jerantut dan Kampung Bolok, daerah Temerloh.

“Selain itu, Kampung Pasir Panjang di daerah Pekan; KOA Chenan Cerah, daerah Cameron Highlands; KOA Langkap Lama, daerah Rompin; dan KOA Tungau, Pos Lenjang, daerah Lipis,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut menaikkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini, yang akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Selain itu, menurut beliau, di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM500.

“Golongan belia juga bakal menerima kredit e-dompet menerusi inisiatif e-Pemula sebanyak RM200 bagi dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

“Bagi golongan wanita, sejumlah RM235 juta disediakan sebagai dana pembiayaan tersedia khas di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat agar lebih ramai wanita menceburi bidang keusahawanan,” katanya.

Ismail Sabri menarik perhatian, Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan di bawah RM2,500 yang memiliki lima anak atau lebih, akan menerima bantuan sebanyak RM2,500.

“Ini juga merupakan bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara.

“Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.307 bilion untuk menaik taraf dan menyelenggara jalan persekutuan di Pahang, sekali gus membuka kawasan baharu dan merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup penduduk setempat,” katanya.

Beliau memberitahu, sebanyak RM572.8 juta juga telah diperuntuk bagi projek pembinaan dan menaik taraf jambatan serta jejantas bagi memastikan keselamatan dan keselesaan Keluarga Malaysia Pahang.

“Kerajaan juga komited dalam melaksanakan Pakej Central Spine Road (CSR) sepanjang Kuala Krai, Kelantan ke daerah Bentong sejauh 350 kilometer tanpa tol dengan kos projek sebanyak RM8.7 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.

“Dalam sektor pendidikan di Pahang, terdapat 40 projek baharu dan sambungan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos RM754 juta di bawah Rolling Plan Kedua RMK-12 Tahun 2022. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 projek telah siap sepenuhnya, 18 projek sedang dalam peringkat pelaksanaan dan 9 projek berstatus prabina,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sebanyak dua Klinik Kesihatan sedang dibina dengan Kuarters di Bandar Raub dan Kuala Triang, Bera dengan peruntukan sebanyak RM40 juta yang dijangka siap tahun hadapan.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pula telah memperuntuk sebanyak RM3.32 bilion bagi 101 projek pembangunan di Pahang, dengan pecahan 39 projek baharu dan 62 projek sambungan untuk keselesaan Keluarga Malaysia.

“Di bawah KPLB, sebanyak 60 unit rumah dibina dan 2,250 unit dibaik pulih (keseluruhan sebanyak 2,310 unit) menerusi Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia, melibatkan peruntukan sebanyak RM36 juta, yang memberi manfaat kepada lebih 11,500 ahli isi rumah luar bandar.

“Bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Pahang, sebanyak 12,444 unit rumah Program Rumah Mampu Milik (RMM) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah siap dibina, sebanyak 2,171 unit dalam pembinaan dan 3,905 unit lagi dalam perancangan, menjadikan keseluruhan sebanyak 18, 520 unit,” katanya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, segala inisiatif tersebut hanya dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan diterajui beliau  diberi mandat pada PRU-15.

“Ini bagi membolehkan bajet ini dapat dibentangkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dibahaskan dan diluluskan,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Balak Maut Digilis Jentera Berat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

701 Termasuk 22 Wanita Ditahan Atas Kesalahan Berkaitan Dadah

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Semasa 1 hari yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo