web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahathir Sanggup Lupakan ‘Pengkhianatan’ Untuk Kerjasama Dengan PN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 7:00AM

Dr Mahathir menyampaikan ucapan pada Program Rapat Umum Gerakan Tanah Air Kedah di Pejabat Pejuang Kedah, Alor Setar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup merendahkan diri dan melupakan perbuatan ‘khianat’ Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadapnya bagi membolehkan GTA dan Perikatan Nasional (PN) bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Bekas perdana menteri itu berkata parti pembangkang hanya boleh mengalahkan UMNO dengan cara bekerjasama dan atas sebab itu beliau memilih mengusulkan perkara itu kepada Muhyiddin, namun ditolak oleh Pengerusi PN itu.

“Kita pun fikir takpalah kalau pun dia (pernah) tikam belakang (saya) kerana demi bangsa, negara, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bersama dengan Muhyiddin, walaupun dia buat khianat saya, tak apalah saya boleh lupakan perkara itu.

“Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Muhyiddin tetapi dia jawab dia tak nak kerjasama dengan siapa sahaja, bukan main sombong,” katanya ketika berucap pada Program Rapat Umum GTA Kedah, di sini malam tadi.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pejuang dan penyandang kerusi Parliamen Langkawi,  mendakwa Muhyiddin yakin PN boleh memenangi PRU15 tanpa perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak dan masih berminat untuk menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, berkata GTA menyasarkan untuk bertanding sekitar 120 kerusi Parlimen dan pengumuman calon akan dibuat pada 2 November ini.

“Kita akan buat majlis pengenalan calon kesemuanya pada 2 November ini di pusat, tapi dari semasa ke semasa kita akan buat pengumuman dua tiga calon di peringkat negeri atau pun di pusat.

“Keseluruhan kerusi sasaran GTA akan bertanding di 120 kerusi tapi angka itu akan dimuktamadkan kemudian, mungkin lebih mungkin kurang. Di Kedah, tidak kurang 10 kerusi Parlimen akan ditandingi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 18 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad