web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tee Keat Buat Kemunculan Semula, Bakal Bertanding Parlimen Pandan?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 7:00AM

Tee Keat akan bertanding atas tiket WARISAN. - Gambar dari Facebook Ong Tee Keat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat mengesahkan bahawa beliau akan membuat kemunculan semula di pentas politik tanah air dengan mewakili Parti Warisan (WARISAN).

Bagaimanapun kerusi bakal ditandingi mantan Ahli Parlimen Pandan itu belum didedahkan, tetapi beliau berkemungkinan diletakkan di kawasan bandar memandangkan WARISAN kini mencuba nasib di Semenanjung.

Malah timbul spekulasi beliau akan kembali ke Parlimen Pandan untuk mencabar Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ketika dihubungi, Tee Keat berkata: “Ya, saya akan bertanding atas tiket WARISAN tetapi saya masih belum menerima surat watikah (surat pilihan raya) (daripada Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)”.

“Saya gembira dapat kembali selepas berehat selama 10 tahun. WARISAN memberi saya platform untuk memperjuangkan integriti dan Malaysia bebas rasuah, isu yang saya minati selama ini,” katanya kepada The Vibes.

Selepas tewas dalam pemilihan Presiden MCA pada 2010, Tee Keat digugurkan daripada barisan Kabinet serta calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

MCA terus kehilangan kerusi Pandan di tangan Rafizi ketika itu.

Terdahulu, Shafie membayangkan seorang mantan Presiden MCA akan menjadi antara calon bertanding di Semenanjung mewakili WARISAN pada PRU-15, bulan depan.

Tambahnya, bekas pemimpin dan ahli PKR dan UMNO juga akan diturunkan mewakili parti itu di Semenanjung.

Pada 13 Oktober lalu, beliau berkata, WARISAN akan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah serta kerusi Labuan.

Ujarnya, parti itu telah mengenal pasti beberapa kerusi Parlimen di Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Perak yang ingin ditandingi.

Shafie berkata, beliau akan mengumumkan calon parti yang akan diletakkan di Semenanjung pada 1 November manakala 3 November untuk calon di Sabah. - The Vibes, 29 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad