web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amirudin Ketuai Misi Cabar Pengkhianat, Wan Azizah Sah Bertanding Bandar Tun Razak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 12:51AM

Amirudin Shari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua dan Ketua Cabang PKR Gombak, diberi tanggungjawab oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai misi mencabar ‘pengkhianat’ parti berkenaan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teki-teka siapa calon yang akan dipertaruhkan PKR di kerusi pengkhianat akhirnya terjawab malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sah bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua dan Ketua Cabang PKR Gombak, diberi tanggungjawab oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai misi mencabar ‘pengkhianat’ parti berkenaan.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Kerusi Parlimen Gombak disandang mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan PKR pada Februari 2020 bersama sembilan lagi Ahli Parlimen PKR.

Tindakan itu sekali gus menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya memerintah selama 22 bulan.

Sementara itu, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail pula dinamakan sebagai calon di kerusi Parlimen Ampang yang disandang mantan Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Rodziah Ismail
Rodziah Ismail

Zuraida yang memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 41,956 undi dalam saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) turut disahkan akan mempertahankan Parlimen Ampang kali ini.

Beliau antara bekas pemimpin tertinggi PKR yang menyertai kumpulan Azmin meninggalkan parti itu pada Februari 2020.

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar

Dalam pada itu, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut dinamakan sebagai calon PKR di Parlimen Bandar Tun Razak manakala anaknya, Nurul Izzah Anwar akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pula kembali diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen Pandan.

Kerusi itu disandang Dr Wan Azizah yang menang dengan majoriti 52,543 undi pada PRU-14.

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

PKR turut mempertaruhkan anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz di kerusi Parlimen Pasir Salak yang merupakan kubu kuat UMNO.

Kerusi itu disandang mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selama tiga penggal sejak 2008.

Nik Omar pada PRU-14 turut menggunakan tiket PKR untuk bertanding, kerana tidak mendapat restu ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak untuk dicalonkan sebagai wakil AMANAH.

Bagaimanapun, beliau yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka tewas kepada calon PAS, Ahmad Fathan yang memperoleh sebanyak 10,549 undi.

Nik Omar Nik Aziz
Nik Omar Nik Aziz

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim pula diletakkan sebagai calon di Parlimen Hang Tuah Jaya manakala Timbalannya, Muhammad Kamil Abdul Munim pula di kerusi Padang Rengas.

Dalam pengumuman malam tadi, mantan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menjadi pertaruhan besar PKR untuk bertanding di kubu kuat UMNO pada PRU-15.

Penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka itu dinamakan sebagai calon di kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha pula dipertaruhkan PKR untuk 'berperang' di kerusi Parlimen Rembau.

Kerusi itu disebut-sebut akan ditandingi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan semula kerusi dimenangi mereka pada PRU-14.

Nik Nazmi dikekalkan di kerusi Parlimen Setiawangsa manakala Saifuddin pula di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil turut dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai, sementara mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pula dikekalkan di Simpang Renggam. – Getaran 29 Oktober 2022

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 10 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM