web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon PAS Wajib Dapat Pengesahan Majlis Syura, Berbai’ah – Abdul Hadi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 7:00PM

Abdul Hadi Awang berkata, calon juga akan diminta bersumpah dengan nama Allah SWT untuk tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah apabila diangkat menjadi pemimpin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS mewajibkan semua calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mendapatkan pengesahan daripada Majlis Syura Ulama untuk berbai’ah.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, calon juga akan diminta bersumpah dengan nama Allah SWT untuk tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah apabila diangkat menjadi pemimpin.

“PAS berusaha memenuhi syarat tersebut dengan menapis semua nama calon dicadangkan bertanding pada pilihan raya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menerusi hantaran sama, Abdul Hadi berkongsikan ayat Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW yang menerangkan keperluan seseorang pemimpin beragama Islam, memenuhi syariat agama supaya adil kepada rakyat.

Beliau berkata, pemimpin yang bersolat sentiasa berhubung dengan Allah SWT, bermuhasabah diri, berzakat, melaksanakan ekonomi adil, berkebajikan dalam segala aspek dan hebat mencegah kemungkaran serta berwawasan akhirat (percaya tentang adanya balasan dosa dan pahala).

“Pemerintahan Islam yang mempunyai ciri-ciri tersebut dan melaksanakan syariat sempurna berjaya mewujudkan keamanan serta kestabilan, bahkan dihormati rakyat kerana keadilannya, bukannya rakyat takut akan kezalimannya,” katanya.

Abdul Hadi berkata, PAS pernah menubuhkan Jabatan Hisbah diketuai Tun Mohamed Salleh Abas dan membuat persediaan memperkasakan undang-undang syariat Islam.

Bagaimanapun, menurutnya, usaha tersebut dihalang bidang kuasa kerajaan negeri yang terbatas dan kerajaan pusat apabila membatalkannya.

“Maka, tujuan PAS bagi mewujudkan kerajaan bersih dan stabil terhalang ketika itu.

“Namun sehingga kini, PAS berjaya membuktikan kerajaan bersih daripada rasuah, apabila memerintah dengan kuasa terbatas di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Termasuklah mengemudi beberapa kementerian ditugaskan kepada PAS mulai tahun 1974 hingga 1978 ketika menyertai kerajaan campuran pada era Tun Abdul Razak dan terkini, kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Marang itu berkata, semua kerajaan negeri ditadbir PAS bersih daripada tuduhan rasuah dan bebas kepada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, keadaan tersebut sangat berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di beberapa negeri dan peringkat pusat yang ternyata mempunyai tuduhan rasuah, malah dihentikan perbicaraan dan siasatannya.

“Dalam Barisan Nasional (BN) juga, ada sudah dihukum, dituduh dan diseret dengan tuduhan rasuah ke mahkamah, tetapi tidak dibatalkan kes mereka sepertimana PH.

“PN yang disertai PAS belum terbukti adanya mereka yang dikenakan tuduhan dan tiada pula dibawa ke mahkamah,” katanya. – Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 9 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja