web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah PH Akan Label Syed Saddiq ‘Kluster Mahkamah?’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 6:04PM

Asyraf Wajdi Dusuki mempersoal pendirian Pakatan Harapan (PH) sama ada akan menggelar Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘kluster mahkamah’ - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempersoal pendirian Pakatan Harapan (PH) sama ada akan menggelar Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘kluster mahkamah’.

Menurut beliau, ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang mengarahkan penyandang kerusi Parlimen Muar itu, membela diri dalam kes pecah amanah, salah guna kuasa dan harta serta pengubahan wang haram.

“Sudah tentulah kes ini masih berjalan. Namun hari ini, kita akan mula melihat bagaimana hipokrasi PH akan bermula.

“Jika mereka boleh menuduh Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebagai kluster mahkamah walaupun dibebaskan dalam 40 pertuduhan Sistem Visa Luar Negara (VLN) sebelum ini.

“Adakah mereka akan melakukan perkara sama kepada Syed Saddiq?” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelas beliau, rakyat akan melihat dan menilai betapa keadilan yang PH junjung selama ini, hanyalah hipokrit serta bersifat terpilih.

Terdahulu Syed Saddiq diarah membela diri atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq, 29, di akhir kes pendakwaan.

Syed Saddiq bagaimanapun menyifatkan perintah mahkamah tersebut bukanlah satu pengakhiran bagi dirinya.

Sebaliknya, beliau memberi jaminan tidak akan melarikan diri daripada sistem kehakiman negara.

“Kami tidak takut, kami tidak gentar. Ini masa untuk kami membela diri. Kami tidak akan lari dari sistem kehakiman dan ia belum berakhir.

“Mama dan Abuyah, segala-galanya bagi saya. Ini bukan kekalahan, sekarang adalah masa kita untuk mengeluarkan cerita dari sisi kita!

“Percayalah, ini bukan pengakhiran, kebenaran akan ditegakkan,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun lalu.

Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula Februari tahun hadapan. - Getaran, 28 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad