web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Charles Nafi Diberitahu 2018 Kali Terakhir Dicalonkan, ‘Terlalu Pedih Untuk Saya…’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 5:30PM

Charles Santiago berkata, dakwaan tersebut yang mencemarkan integritinya, dibuat semata-mata untuk menangkis kritikan rakyat terhadap keputusan DAP mengabaikannya sebagai calon - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – ‘Drama’ pengguguran Charles Santiago sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memasuki episod baharu apabila beliau menafikan diberitahu bahawa PRU-14 akan menjadi penggal terakhirnya berkhidmat di Parlimen Klang.

Penyandang Parlimen Klang selama tiga penggal itu berkata, dakwaan tersebut yang mencemarkan integritinya, dibuat semata-mata untuk menangkis kritikan rakyat terhadap keputusan DAP mengabaikannya sebagai calon.

“Biar saya jelaskan perkara ini, iaitu DAP tidak pernah memaklumkan kepada saya bahawa 2018 adalah kali terakhir saya akan diletakkan sebagai calon.

“Tiada pengaturan sedemikian dan tiada petunjuk mengenai gesaan untuk menggantikan saya (atau siapa yang membuat keputusan ini) pada 2013 atau 2018, seperti dicadangkan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Malah beliau berkata, kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke itu adalah sebagai langkah mengurangkan kritikan selepas beliau digugurkan daripada senarai calon PRU-15 walaupun senarai rasmi belum diumumkan.

“Saya gembira kerana Loke dan Gobind mengiktiraf kemurahan hati di mana saya menerima keputusan parti, tetapi malangnya mereka mengambil tindakan sedemikian memandangkan kritikan umum yang hebat.

“Dan walaupun kritikan itu mengejutkan mereka, adalah tidak wajar bagi Loke dan Gobind untuk membayangkan bahawa mereka membantu saya dengan membenarkan saya meneruskan sebagai Ahli Parlimen, memandangkan saya tidak memegang jawatan dalam parti,” katanya.

Pada masa sama, Charles menegaskan, beliau masih mahu melihat DAP dan Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU-15.

Bagaimanapun katanya, beliau perlu memperjelaskan mengenai isu yang timbul kerana ia melibatkan integritinya.

“Terlalu pedih untuk saya menulis mengenai perkara ini kerana saya berazam kemenangan PH dan DAP dalam PRU.

“Saya tidak akan mengulas mengenai pencalonan saya dan sekali lagi saya merayu kepada rakyat Klang agar mengundi PH,” katanya.

Sementara itu, Charles turut menjelaskan bahawa beliau menceburi politik demi memajukan agenda rakyat dan membawa suara mereka ke Parlimen.

Ujarnya lagi, DAP adalah platform yang menjadi pilihan terbaik untuk beliau berbuat demikian.

“Saya amat bersyukur. Saya tidak berada dalam politik untuk membina puak saya,” katanya.

Semalam, Loke mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V Ganabatirau akan menggantikan posisi Charles di kerusi Parlimen Klang.

“Ini satu keputusan sukar tetapi untuk Klang, parti membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Exco Selangor, V Ganabatirau,” katanya.

Majoriti undi diraih Charles meningkat dalam tiga PRU sejak 2008.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Klang dengan majoriti 17,701 undi pada 2008, diikuti 24,685 undi (2013) dan 78,773 undi pada 2018.

Berdasarkan daftar pemilih pada PRU-14, kawasan tersebut mempunyai kira-kira 55 peratus pengundi Cina, diikuti 26 peratus Melayu dan 18 peratus India.

Spekulasi Charles tidak dicalonkan pada PRU-15 mula bertiup kencang beberapa minggu lalu dan ia mendapat bantahan badan bukan kerajaan (NGO), selain penduduk Klang yang menyifatkan beliau sebagai pemimpin cekap serta prihatin, terutamanya ketika kawasan itu dilanda banjir tahun lalu. – Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 tahun yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik