web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Yakin Rampas Besut Daripada BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 11:39AM

PAS yakin mampu merampas kerusi Parlimen Besut daripada BN. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - PAS yakin mampu merampas kerusi Parlimen Besut daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekali gus akan memperkuat parti di peringkat negeri, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Husain Awang.

Beliau berkata justeru, keputusan telah dicapai bahawa calon daripada PAS akan bertanding di kerusi Parlimen berkenaan dan perkara itu turut dipersetujui oleh Bersatu selepas penilaian dibuat.

"Untuk perteguhkan parti di peringkat negeri kita perlu letak (calon) PAS di Besut. Ada peluang untuk PAS menang... Bukan ambil alih, kerusi itu memang sedia ditandingi PAS jadi kita kekalkan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Markas Induk PRU15 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu di Kuala Ibai, malam tadi.

Husain berkata sehubungan itu, proses pembahagian kerusi untuk Perikatan Nasional (PN) bagi semua Parlimen di Terengganu kini dianggap selesai dan tidak menolak kemungkinan muka baharu akan dipertaruhkan kali ini. 

Dengan keputusan itu, hanya Parlimen Hulu Terengganu akan diwakili Bersatu iaitu Datuk Rosol Wahid yang akan mempertahankan kerusi dimenanginya itu atas tiket BN pada PRU14 dengan majoriti 2,868 menewaskan calon PAS Muhyiddin Abdul Rashid dan calon Bersatu Datuk Razali Idris.

Sementara itu, mengenai kerusi Parlimen Kuala Nerus, beliau berkata PAS tidak akan tergugat walaupun bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan bertanding atas tiket Bebas untuk mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU14.

Pada PRU14, Parlimen Besut dimenangi oleh calon BN Tan Sri Idris Jusoh yang kali ini mengumumkan tidak akan bertanding manakala Mohd Khairuddin yang pada ketika itu mewakili PAS menang di Parlimen Kuala Nerus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik