web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Pengundi Muda Mahukan Pemimpin Berkaliber, Celik Media Sosial

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 5:09PM

Kebanyakan pengundi baharu ini mahukan wakil rakyat yang berperanan mengharmonikan kawasan tanpa membezakan parti, warna kulit dan agama, selain efisien mendengar suara rakyat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berkaliber, berkebolehan menyelesaikan isu rakyat dan celik media sosial adalah antara ciri dicari pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun yang bakal mengundi buat pertama kalinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Kebanyakan pengundi baharu ini juga mahukan wakil rakyat yang berperanan mengharmonikan kawasan tanpa membezakan parti, warna kulit dan agama, selain efisien mendengar suara rakyat. 

Guru tuisyen Lorrine Elspeth Lumandan, 20, dari Kota Kinabalu, Sabah, berharap agar wakil rakyat yang dipilih sentiasa mengotakan janji mereka untuk mengubah nasib rakyat dan bukannya atas dasar manifesto sahaja.

"Mereka harus sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat dengan turun padang melihat sendiri permasalahan mereka, mendengar keluhan rakyat dan berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban mereka. 

"Selain itu, wakil rakyat juga perlu tahu memanfaatkan media sosial dalam menyampaikan mesej kepada rakyat, terutamanya golongan muda kerana kebanyakan daripada masa kami dihabiskan dengan menggunakan media sosial," katanya yang bakal mengundi di Parlimen Sepanggar. 

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nurqistina Safea Mohd Rashidi, 19, pula berpendapat wakil rakyat yang bakal dipilih pada PRU-15 perlu peka kepada suara anak muda dengan mengambil berat akan kebajikan dan pendidikan negara. 

Beliau yang akan pulang ke kampungnya di Ipoh, Perak untuk mengundi buat kali pertama pada 19 November ini, turut mahukan platform khas untuk anak muda berinteraksi bersama pemimpin parti politik dan wakil rakyat mereka menerusi media sosial. 

"Saya juga akan melihat kepada penerimaan orang ramai terhadap pemimpin tersebut di media sosial dan kredibiliti mereka berdasarkan komen dan maklum balas daripada pengikutnya,” katanya yang turut mengikuti perkembangan semasa calon-calon bertanding melalui berita.

Pelajar diploma Kolej Yayasan Pelajaran Johor, S. SharvinJay Nath, 19, yang bakal mengundi di Parlimen Iskandar Puteri, Johor pula berkata sudah tiba masanya parti-parti politik memberi peluang kepada orang muda untuk menerajui kepemimpinan setempat menerusi PRU-15.

"Saya percaya pemimpin-pemimpin muda lebih bersemangat dan efisien dalam menjalankan tanggungjawab mereka kerana selain berstamina, mereka juga rajin turun padang membuat kerja-kerja kebajikan terutamanya ketika musim banjir dan malapetaka.

"Mesej yang disampaikan oleh mereka kepada rakyat juga lebih mudah difahami, terutamanya dalam kalangan orang muda kerana mereka juga celik media sosial dan sering kreatif menyampaikan isu-isu semasa kepada pengikutnya," katanya. 

Berdasarkan statistik umur Daftar Pemilih setakat 9 Oktober lepas, sebanyak 1,393,549 pemilih berusia 18 hingga 20 tahun di seluruh negara akan mengundi kali pertama pada PRU15 merangkumi 16 peratus daripada 6.9 juta pengundi baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

3

Karier 2 tahun yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik