web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahrir Samad Sahkan Tidak Bertanding, 'Saya Harus Bersihkan Nama Dulu'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 11:10AM

Shahrir Samad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun mantan Pengerusi FELDA itu berkata, beliau akan mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).

“Masih ada yang bertanya samada saya akan bertanding sebagai calon BN pada PRU-15 bulan depan.

“Saya telah pun beberapa kali menyatakan saya tidak akan bertanding tetapi akan tetap mengetuai jentera pilihan raya BN untuk menangkan calon kita pada PRU-15,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, keputusan tersebut diambil kerana beliau sedang mempertahankan integriti dan nama baiknya di mahkamah.

“Sebabnya mudah sahaja. Saya sedang mempertahankan integriti dan nama baik saya dalam mahkamah.

“Tuduhan yang dihadapi ialah di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan pengubahan wang haram itu saya lakukan dengan cara tidak mengisytiharkan penerimaan duit itu sebagai pendapatan saya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Jelasnya lagi, tidak adil bagi beliau meminta pengundi Johor Bahru untuk membersihkan imejnya.

“Saya harus membersihkan nama saya dulu melalui proses mahkamah. Itu sebabnya tapi tetap BN,” katanya.

Terdahulu Shahrir, 72, didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada LHDN.

Beliau mulanya didakwa di Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun, beliau memohon supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan pada 21 Mei tahun lepas, permohonan itu dibenarkan.

Shahrir mengaku tidak bersalah atas tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada 25 April 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Shahrir antara nama besar BN yang tewas berikutan tsunami politik apabila pengundi dikatakan beralih kepada Pakatan Harapan (PH).

Shahrir yang mewakili BN di kerusi Parlimen Johor Bahru tewas kepada calon PKR, Akmal Nasir yang menang dengan majoriti 19,782 undi apabila meraih 50,052 undi. – Getaran, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran