web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banyak Laporan Polis Dibuat, Kenapa Apandi Ali Tidak Disiasat? - Tun M

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 8:17PM

Apandi Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa hairan apabila bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali tidak dikenakan sebarang siasatan atau tindakan.

Menurut beliau, Apandi jelas telah melakukan pelbagai kesalahan semasa menyandang jawatan tersebut, termasuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tidak ada sebarang halangan terhadap siasatan yang dibuat terhadap buku ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Jika dirasa ada asas terhadap tuduhan yang dibuat terhadapnya ataupun sesiapa sahaja termasuk saya, undang-undang ada untuk tindakan seterusnya.

“Tetapi amat pelik kenapa sehingga kini tidak ada sebarang siasatan atau tindakan diambil terhadap Apandi yang jelas telah melakukan pelbagai kesalahan semasa menjadi Peguam Negara sebelum Thomas,” katanya hari ini.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA berkata, perbuatan Apandi melepaskan Najib daripada sebarang tindakan perundangan jelas menunjukkan beliau turut terbabit dalam skandal 1MDB itu.

“Bagaimana boleh Apandi sebagai seorang Peguam Negara dengan mudah melepas Najib sedangkan sembilan hakim, bermula dengan seorang hakim Mahkamah Tinggi, tiga hakim Mahkamah Rayuan dan lima hakim Mahkamah Persekutuan, kesemuanya mendapati Najib bersalah.

“Bahkan seorang lagi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azimah Omar, pada 23 Mei lalu dalam penghakiman bertulisnya sebanyak 100 muka surat yang menolak saman fitnah Apandi terhadap Lim Kit Siang telah membuat kesimpulan bahawa Apandi, antara lain adalah seorang penipu, gagal melaksanakan tugas sebagai Peguam Negara dan ada asas untuk disiasat kerana disyaki bersubahat dan melindungi jenayah 1MDB,” katanya.

Tegas Ahli Parlimen Langkawi itu, Azimah turut mempersoal sikap serta tindakan Apandi yang bersungguh-sungguh menutup skandal 1MDB dan mensucikan Najib daripada sebarang kesalahan.

“Apandi juga menolak bantuan undang-undang bersama dari pihak berkuasa Switzerland dan juga Department of Justice Amerika Syarikat sedangkan dia sedar bantuan mereka perlu untuk siasatan 1MDB.

“Azimah turut menyatakan ‘rasa meluat mahkamah terhadap betapa kejinya kenyataan Apandi yang bercanggah, mengelak dan melakukan penipuan yang jelas’,” katanya.

Dr Mahathir berkata, banyak laporan polis telah dibuat ke atas Apandi susulan kenyataan Azimah namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil.

Apandi sebaliknya jelas beliau, diberi pampasan jutaan ringgit oleh kerajaan kerana perkhidmatannya ditamatkan kerajaan terdahulu setelah gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Tidak cukup dengan pampasan, Apandi yang telah didapati oleh Mahkamah Tinggi sebagai seorang penipu dan perlu disiasat kerana disyaki bersubahat di dalam skandal 1MDB, telah dilantik mengetuai jawatankuasa siasatan tuntutan Pulau Batu Puteh.

“Saya sebenarnya sudah menduga, setiap kali saya bersuara mengenai salah laku kerajaan, akan ditimbul perkara-perkara sebegini untuk menutup mulut saya.

“Mereka boleh cuba, tapi saya mahu ingatkan mereka bahawa selagi ada hayat, saya tidak akan bisu, buta atau tuli apabila melihat kemungkaran yang mereka lakukan,” tegasnya. - Getaran, 26 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 8 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran