web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Umum Calon Berprofil Tinggi PRU-15 Petang Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 11:13AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon berprofil tinggi dan kemasukan tokoh pelbagai latar belakang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menerusi satu ciapan di Twitternya, pagi ini.

“PKR akan membuat satu pengumuman menamakan calon berprofil tinggi dan kemasukan tokoh pelbagai latar belakang dalam PRU-15 ini.

“Pengumuman akan dibuat dalam sidang media oleh @anwaribrahim di Ibu Pejabat PKR pada jam 2 petang ini,” katanya.

Pada Khamis lalu, Anwar mengesahkan dirinya akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU-15.

Beliau berkata, kesediaannya bertanding di kerusi Tambun adalah bagi mengangkat Perak sebagai barisan hadapan perjuangan gabungan parti itu dalam PRU kali ini.

Malah beberapa hari lalu, Anwar turut memberi bayangan bahawa anak sulungnya, Nurul Izzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar

Mengulas mengenai desas desus yang menyatakan Nurul Izzah akan bertanding di Ampang, Anwar secara berseloroh berkata, perkara itu akan dipertimbangkan.

"Mengapa anda nak tolak dia (Nurul Izzah) ke Ampang? Saya ada fikir lain apabila anda mencadangkan perkara ini.

"Saya ada masa untuk memberi pertimbangan (untuk Nurul Izzah bertanding di Ampang)," katanya.

Difahamkan, senarai calon parti sedang dikemas kini oleh Rafizi bersama barisan Naib Presiden PKR.

Rafizi sebelum ini dilaporkan berkata, kredibiliti, kepelbagaian dan kepakaran profesional dalam kalangan calon akan membezakan PKR dengan parti lain.

Sebelum ini, wujud desas-desus Rafizi akan bertanding di Gombak dan ia diperkuatkan selepas Anwar yang sebelum ini dikatakan akan menentang Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beralih ke Parlimen Tambun, Perak.

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

Mohamed Azmin sebelum ini mencabar Anwar bersemuka dengannya di Gombak pada PRU-15, selain turut mengalu-alukan isteri atau anak perempuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mencabarnya di kawasan berkenaan.

Mohamed Azmin adalah Timbalan Presiden PKR sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Pada Februari 2020, Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu mengetuai 10 Ahli Parlimen meninggalkan PKR, sekaligus menyebabkan kejatuhan PH selepas menerajui kerajaan selama 22 bulan. - Getaran, 26 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran