web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Tetap Perjuangkan Kebajikan Veteran ATM, Anggota Keselamatan - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 7:00AM

Anwar menyampaikan ceramah dalam pertemuan dengan Veteran Tentera Di Tangga Batu, Melaka semalam. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berganjak dan kekal konsisten dengan pendirian memperjuangkan nasib serta kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Malah, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nasib dan kebajikan anggota keselamatan lain juga menjadi keutamaan parti itu.

Katanya, dedikasi, pengorbanan dan jasa golongan itu terhadap kedaulatan negara tiada tandingannya.

“Meraikan Veteran Tentera Di Tangga Batu, Melaka sebentar tadi. Saya tegaskan bahawa nasib dan hak golongan veteran ATM wajar kita bela serta tidak boleh diabaikan, dengan mengambilkira dedikasi dan pengorbanan mereka buat negara serta kedaulatannya.

“Pengorbanan dan jasa mereka tidak ada tolok banding dan mesti diberi pembelaan sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook tengah malam tadi.

Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, menerusi perkongsian di platform media sosial sama mengenai Jelajah Mega Harapan 2022 di Melaka, Anwar mengadakan pertemuan dengan reformis, anak muda dan jentera PH di Ayer Molek.

“Saya menggesa mereka untuk terus mantapkan gerak kerja bagi memastikan kemenangan memihak PH pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Anak muda juga menjadi antara penentu penting masa depan negara dan setiap kalian, harus menjadi agen penerangan serta agen perubahan demi rakyat dan negara!,” katanya.

Anwar ketika ini dalam misi mengadakan jelajah di seluruh negara sebagai usaha turun padang bertemu rakyat, pemimpin dan jentera PH.

Hari ini, Presiden PKR itu akan mengadakan Jelajah Mega Harapan Selangor 2022 di Padang Dewan Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor.

“Esok (hari ini) saya dan pimpinan (Pakatan) Harapan akan berada di Kuala Selangor. Mohon teman dari Selangor untuk hadir bersama dan banjiri padang Dewan Kampung Assam Jawa.

“Jumpa di sana bermula jam 8 malam!,” katanya. – Getaran, 26 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad