web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Sudah-Sudahlah Dengan Politik Menipu, Hasut, Fitnah’ - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 5:01PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berang dengan tindakan parti lawan menggunakan politik menipu, menghasut dan memfitnah selepas ucapannya disunting serta disebarkan.

Mengakui pelik dengan taktik didakwanya didalangi parti lawan itu, beliau berkata, ia dianggap sebagai tindakan terdesak sehingga terpaksa menggunakan cara sedemikian dalam berpolitik.

Jelasnya, teknologi seharusnya digunakan demi kebaikan dan bukan untuk kebatilan.

“Ini kali kedua rakaman ucapan saya mereka ‘potong’ dan sebarkan.

“Inilah antara cara mereka memfitnah pemimpin BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Mereka sedang mengulanginya untuk PRU-15,” luahnya di laman sosial Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau memaafkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyunting rakaman tersebut, namun menyoal sama ada mereka dapat memaafkan diri sendiri mahu pun tidak.

“Berpolitik jangan hilang pertimbangan hukum dan insaniah. Usah menzalimi demi kuasa kerana tiada keberkatan disebaliknya.

“Sudah-sudahlah dengan cara berpolitik menipu, menghasut dan memfitnah,” nasihatnya.

Beliau turut berkongsi pautan rakaman video ucapannya itu yang didakwa disunting pihak tertentu untuk menipu rakyat.

Menerusi rakaman disunting tersebut, Ahmad Zahid berkata, UMNO adalah parti ‘warlord’ dan cuba menghalang golongan profesional daripada bertapak di dalam parti tersebut.

“Oleh kerana kita telah lama menjadi warlord, kalau ada orang profesional…kalau ada profesor mahu masuk kita suruh orang cawangan supaya sekat jangan terima dia,” katanya.

Namun, apa disampaikan beliau adalah  meminta ahli UMNO untuk berjiwa besar memberi laluan kepada golongan profesional bagi memacu parti tersebut ke arah kegemilangan. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

2

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

3

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik