web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Kerajaan Pastikan Tiada Pertindihan PPS, Pusat Mengundi - PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 4:05PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan tidak berlaku pertindihan di lokasi digunakan sebagai pusat mengundi dan penempatan mangsa banjir menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengikut statistik, terdapat 6,010 pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan untuk menempatkan mangsa banjir di seluruh negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 2,010 PPS akan terlibat sebagai tempat untuk proses pembuangan undi.

“Kalau sekolah ada dua atau tiga blok kita asingkan tempat mengundi dengan PPS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, sebanyak 69,230 anggota keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan terlibat dalam kerja PRU-15 dan bencana banjir.

Jelasnya, jumlah tersebut akan ditambah mengikut keperluan semasa.

Ditanya berhubung isu cuti pasukan keselamatan menjelang PRU-15 dan musim banjir, Ismail Sabri memberitahu, kebiasannya cuti bagi pegawai serta anggota itu akan dibekukan pada hujung tahun.

“Biasanya Disember pegawai tertinggi kerajaan tak dibenarkan bercuti, takut berlaku banjir, Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan umumkan,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2022
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM