web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Calon BN Disaring Pejabat Agama

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 3:05PM

Ismail Sabri (kanan) bercakap di Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan sahaja akan menjalani saringan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah dengan pihak pejabat agama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, saringan calon BN itu dilakukan secara ketat, dengan turut melibatkan soal pendaftaran pernikahan dan tanggungjawab membayar nafkah anak.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO memberitahu, semakan itu bagi memastikan urusan pernikahan calon dibuat mengikut undang-undang untuk mengelakkan tercetus sebarang isu kelak.

“Mungkin kali ini dengan pejabat agama, pejabat kadi kita kena check (semak) juga, takut kahwin dekat Siam, takut timbul isu nanti. Ada isu nafkah anak tak bayar, dah masuk judgement (keputusan) mahkamah syariah.  

“Kalau dulu kita tak pernah check seperti itu, tetapi kali ini lebih detail (teliti),” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.  

Ismail Sabri menambah, senarai calon BN untuk PRU-15 masih dalam proses penetapan dan pihaknya, termasuk pemimpin ‘Top 5’ (lima tertinggi) parti akan mengadakan perbincangan segera.  

Beliau memberitahu, sebelum ini, pihaknya menerima pembentangan daripada semua pengerusi badan perhubungan negeri berkenaan senarai calon.

“Kita pun kena semak dengan polis, SPRM, Jabatan Insolvensi untuk nama dicadangkan itu terlebih dahulu,” ujarnya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, BN akan mengumumkan manifesto dalam tempoh terdekat.  

Mengulas berhubung kajian PKR yang mengatakan BN sukar menang pada PRU-15, Ismail Sabri menjelaskan, pihaknya juga meramalkan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak mudah meraih kemenangan.

“Sama dengan kita, maka sukar mereka (PKR) menang pilihan raya. Semua masuk pilihan raya, semua yakin menang.

“Kalau semua tak yakin menang, semua tak perlu bertanding. Jadi masing-masing cakap menang, Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad cakap boleh menang, PH dan Perikatan Nasional (PN) pun cakap boleh menang.  

“Sebab itu kita perlu ada pilihan raya,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja