web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MUDA Bentang Kertas Hitam Demi Penuhi Suara Rakyat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 10:22AM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memperkenalkan Kertas Hitam sebagai ‘jawapan’ kepada respon diterima daripada rakyat berhubung apa harapan dan kemahuan mereka.

Menurut Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, respon itu susulan daripada suara rakyat yang dikumpul parti terbabit ketika bertemu mereka sejak Julai lalu.

“Ramai dah tertanya-tanya ‘apa MUDA akan bawa kepada Rakyat Malaysia?’ Julai lepas, MUDA gerakkan ahli ke seluruh Malaysia untuk berjumpa seramai mana rakyat yang boleh.

“Satu soalan kami bawa untuk rakyat Malaysia. Apa yang kamu mahu untuk Malaysia Maju?,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Syed Saddiq berkata, menerusi aktiviti ‘turun padang’ itu, rakyat Malaysia di semua penjuru memberikan respon dan memaklumkan tiga perkara dimahukan mereka untuk Malaysia.

Katanya, rakyat memerlukan pendidikan, ekonomi sejahtera dan pertanian moden.

Selain itu, peluang kerja, seni tanah air, kebebasan mengejar cita-cita, hak ibu dan kanak-kanak serta tuntutan gaji lebih tinggi.

“Ini antara maklum balas kami terima. Dengan kesemua respon diterima, MUDA telah menyiapkan Kertas Hitam kami.

“Kertas Hitam MUDA bersandarkan kepada suara rakyat Malaysia dan merangkumi falsafah serta panduan dasar kepada kami semua di parti ini.

Justeru Syed Saddiq berkata, khidmat ditawarkan MUDA kepada rakyat akan berdasarkan Kertas Hitam berkenaan.

“Saya akan huraikan Kertas Hitam MUDA dengan lebih terperinci selepas ini, tetapi saya ingin menjemput semua untuk bacanya menerusi https://muda.my/pru15/kertashitam/.

“Perjuangan kita untuk Malaysia yang lebih baik adalah panjang, tetapi kita tidak akan berputus asa sehingga kita mencapai kejayaan dalam membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad