Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ada Kelebihan, Anwar Dijangka Menang Walau Berdepan Laluan Sukar Di Tambun

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 7:00AM

Anwar mempunyai potensi besar untuk merampas kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun, mencetuskan pelbagai pandangan dan persoalan, apabila ada pihak mendakwa, keputusan itu ibarat ‘menjerat leher sendiri’ kerana ia dianggap kawasan sukar serta mencabar.

Ada pula mengatakan kerusi itu adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak beberapa penggal kerana parti itu hanya tewas kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) akibat gelombang tsunami politik negara.

Malah, komposisi pengundi yang menyaksikan kaum Melayu sebagai pengundi terbesar dengan lebih 60 peratus, mungkin turut menyumbang kepada laluan berliku bakal ditempuhi Anwar.

Pertembungan bersama Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu pastinya sengit, kerana beliau adalah penyandang kerusi terbabit.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis politik senada bahawa Anwar mempunyai potensi besar untuk merampas kerusi itu pada PRU-15, malah peluangnya untuk menang di kawasan berkenaan tidak perlu diragukan.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Rusdi Omar berkata, sebagai seorang figura politik berpengalaman, mungkin Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah membuat percaturan sebelum memutuskan bertanding di Tambun.

Profesor Dr Rusdi Omar
Profesor Dr Rusdi Omar

Katanya, jika Anwar tidak bersedia, pastinya beliau menolak untuk ke kawasan yang boleh membahayakan dirinya.

Beliau berkata, keputusan itu juga mungkin strategi Anwar yang merasakan Perak perlu diberi nafas baharu dan suntikan peremajaan, seperti beberapa negeri dikuasai PH.

“Saya melihat ini strategi PH untuk menonjolkan calon yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Bagi saya ia strategi mereka dan untuk nak menang, saya yakin Anwar boleh menang di kawasan itu.

“Bagi saya beliau (Anwar) ini beranilah nak menyahut cabaran, kalau saya pun saya tak nak pergi ke kawasan yang saya tak tahu boleh menang atau boleh kalah. Saya pun terkejut juga apabila dia nak bertanding di Tambun.

“Kalau Anwar menang di Tambun, kira beliau antara pemimpin politik hebatlah, maknanya beliau boleh bertanding di tempat dirasakannya mampu membawa inspirasi PKR, sebab PKR merupakan parti berbilang bangsa dan dia bertanding pun di kawasan berbilang bangsa,” katanya ketika dihubungi.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Jeniri Amir pula berkata, keputusan Anwar ke Tambun dianggap sebagai strategi untuk memastikan jumlah kerusi dimenangi PKR pada PRU-15 lebih banyak, selain memberi pengajaran kepada pemimpin yang bertindak untuk keluar daripada parti itu dan menyertai BERSATU melalui Langkah Sheraton.

Dr Jeniri Amir
Dr Jeniri Amir

Ditambah kedudukan Anwar sebagai Presiden PKR dan Ketua Pembangkang, katanya, pengundi pasti sukar menolak beliau sebagai pemimpin di kawasan mereka, seperti kelebihan dimiliki veteran DAP, Lim Kit Siang yang mampu menang di mana sahaja.

Jelasnya, Anwar juga bukan calang-calang pemimpin politik kerana memiliki keupayaan dan karisma untuk menawan hati pengundi.

Pada masa sama, beliau berkata, mantan Timbalan Perdana Menteri itu sudah tentu membuat penilaian dari segi risiko untuk memastikan kemenangan menjadi miliknya.

Jeniri turut menepis dakwaan segelintir pihak, kononnya Anwar beralih ke Tambun kerana melarikan diri berikutan bimbang berdepan kekalahan di Port Dickson, susulan aura PKR yang tidak sehebat sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad masih bersama mereka.

“Ini bukan satu tindakan (Anwar) untuk lari daripada kawasan itu ataupun takut kalah di Port Dickson kerana harus diingat, kedudukan dan pengaruh beliau di situ kukuh. Jadi apabila kukuh beliau tidak risau lagi untuk menang di Port Dickson.

“Anwar nak beri ruang kepada calon PKR lain yang kiranya punya peluang untuk menang di Port Dickson kerana di situ sudah dijamin ia dalam genggaman tangan.

“Justeru perlu beliau mencari satu kawasan lain yang ada potensi atau peluang untuk menang sebagai Presiden PKR, iaitu Tambun. Kerusi tersebut dilihat terbaik untuk mengalahkan lawan, dan bertembung dengan calon lain (yang) difikirkan dapat ditumbangkan beliau supaya partinya boleh menambah satu lagi kerusi.

“Orang terbaik untuk dikalahkan ialah Ahmad Faizal walaupun ada ura-ura sebelum ini untuk Anwar bertanding di Ampang dan Gombak,” katanya.

Menurut Jeniri, Anwar bagaimanapun akan tetap berdepan cabaran dan risiko tersendiri, terutama tentangan sengit penyandang kerusi itu kerana bukan mudah untuk menumbangkan penyandang, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden sesebuah parti.

“Tetapi mengambil kira beberapa faktor, saya lihat Anwar punya kelebihan di situ.

“Anwar tidak akan mahu cuba berpindah ke situ (Tambun) kalau tahu beliau akan tewas.

“Saya percaya berdasarkan input dan juga dapatan kajian daripada parti, Anwar tidak akan kalah, akan menang walaupun mungkin berdepan dengan cabaran,” katanya.

Bagi Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian, sebagai calon Perdana Menteri untuk PH, sudah tentu kerusi ditandingi Anwar menjadi tumpuan dan mendapat perhatian meluas, sama seperti situasi dilalui beberapa pemimpin utama lain, antaranya Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mereka adalah heavyweight dalam arena politik negara.

Profesor Dr Sivamurugan Pandian
Profesor Dr Sivamurugan Pandian

Ujarnya, sama ada Anwar akan menang atau tewas di kerusi Tambun, perkara itu terlalu awal untuk ditentukan kerana ia harus dilihat menerusi pecahan undi ketika PRU-15.

“Kalau dulunya (PRU-14) Ahmad Faizal bertanding atas tiket PKR, PH menang dengan majoriti 5,320 undi dan pada masa sama ada calon PAS mendapat 14,948, tetapi kalah.

“Jadi jika kita perhatikan keputusan seperti itu dan PAS sekarang berada dengan PN bersama Ahmad Faizal, kita sudah pasti akan melihat pertembungan di sini,” jelasnya.

Selain itu, Sivamurugan berpendapat, semua percaturan dibuat Anwar itu adalah strategi politik, namun persoalan perlu diketengahkan adalah kenapa beliau memilih Perak.

“Kenapa Perak dan bukannya di tempat lain, kenapa tiba-tiba negeri berkenaan menjadi tumpuan.

“Kalau calon Perdana Menteri dari Perak apakah itu akan memberikan impak kepada kerusi lain kerana Perak ini kita tengok BN dan PH kerap menang dengan undi tipis jika di Dewan Undangan Negeri (DUN), apakah ini strategi disusun untuk memenangi semula Perak,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kehadiran Anwar sebagai calon di Tambun akan turut memberi kesan terhadap psikologi pengundi di kawasan itu yang mungkin memilih beliau sebagai Ahli Parlimen di situ.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Katanya, ia termasuk pemikiran pengundi bahawa sekiranya mereka memilih Anwar yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika PH menang PRU-15, pastinya kawasan itu bakal menikmati pelbagai limpahan ekonomi, pembangunan dan peruntukan tambahan.

Perkara itu juga, jelasnya, berpotensi besar untuk menarik sokongan pengundi atas pagar.

“Mungkin psikologinya pengundi di Tambun akan fikir jika PH menang, itu kawasan Perdana Menteri, inilah peluang kita nak dapat seorang wakil rakyat yang jadi Perdana Menteri.

“Kalau orang lain menang sekalipun belum tentu jadi Perdana Menteri, jadi pemikiran ini akan meningkatkan keterujaan orang, terutama pengundi atas pagar dan kata-kata seperti ‘ini kalau Datuk Seri Anwar menang, PH menang, maksudnya wakil rakyat kita jadi Perdana Menteri,” katanya.

Mazlan turut menjangkakan pertarungan menarik dan pertaruhan mencabar bakal disaksikan di kerusi Tambun menjelang PRU-15, namun beliau yakin sebagai tokoh besar politik negara, kelebihan jumlah undi akan berpihak kepada Anwar.

“(Apapun) Mengenai Tambun, saya pun terkejut Anwar pilih tempat ini sebab ia asalnya kawasan BN, Ahmad Husni dulu pertahan tiga penggal berturut-turut, kecuali 2018 Ahmad Faizal menang, itu pun sebab memang ada gelombang. Anwar ini saya tengok beliau macam ambil risiko jugalah, saya nampak percaturan berani daripada beliau.

“Mesej yang baik bila Anwar umum ke Tambun ini adalah orang kata beliau anak jantanlah, tak pilih tempat selamat, beliau ambil tempat tak nampak selamat.

“Kita tak boleh kategorikan Tambun itu kawasan selamat, sebab sekarang BERSATU dah tak bersama PH.

“Dulu Ahmad Faizal menang (antaranya) sebab Tun (Dr) Mahathir faktor pengundi Melayu beralih kepada PH.

“Tetapi Anwar mungkin juga ada satu strategi, mungkin beliau ada data trend pengundian, itu sebab pemimpin besar macam beliau ini tak boleh sembarangan letak di situ, mesti dah study (kaji), buat survey (tinjauan), ada maklum balas yang meyakinkan beliau duduk di situ,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

3

Semasa 5 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Sorotan

1

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

2

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

3

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

5

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

6

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran