Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Tawfik Tunggu ‘Lampu Hijau’ Anwar Untuk ‘Langgar’ Bagan Datuk

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 9:08PM

Tawfik Ismail - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat calon Bebas, Tawfik Ismail untuk ‘melanggar’ kubu kuat UMNO di Bagan Datuk, mendapat sambutan menggalakkan daripada pemimpin lapisan kedua Pakatan Harapan (PH), yang sepakat mahukan beliau bertanding sebagai calon gabungan itu.

Bagaimanapun, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu berkata, beliau masih menunggu jawapan rasmi daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin tertinggi gabungan. 

Tawfik yang merupakan Pengasas Bersama Gerak Independent (GI), memberitahu The Vibes, ahli pasukannya sudah bertemu Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta penyandang Ahli Parlimen Subang, Wong Chen untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Terdapat beberapa respon daripada mereka kepada wakil saya. Mereka cuba mengajak saya berjumpa dengan pemimpin tertinggi PH.

“Saya juga sudah bersedia untuk bertemu dengan beberapa pemimpin DAP yang responsif terhadap permintaan ini. Kini, terpulang kepada PH untuk memutuskan sama ada membenarkan saya (bertanding) menggunakan logo mereka.

“Saya masih menunggu respon daripada pihak Anwar kerana beliau adalah Pengerusi gabungan, jadi, saya perlu mendengar daripadanya sendiri,” katanya.

Tawfik memaklumkan beliau masih menunggu respon daripada pihak Anwar Ibrahim. - Gambar fail
Tawfik memaklumkan beliau masih menunggu respon daripada pihak Anwar Ibrahim. - Gambar fail

Semalam, Tawfik berkata, beliau telah bertemu dengan beberapa pemimpin kanan PH bagi menyampaikan keinginan bertanding di Bagan Datuk atas tiket gabungan itu.

Katanya, ia akan memberinya peluang lebih baik untuk menyingkirkan penyandang Parlimen terbabit yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan tersebut mendapat sokongan veteran DAP Lim Kit Siang, yang hari ini menggesa PH ‘memberi respons yang wajar dan positif’ terhadap idea berkenaan.

Tawfik menegaskan matlamat utamanya adalah menewaskan Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail
Tawfik menegaskan matlamat utamanya adalah menewaskan Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail

Tawfik yang pertama kali menyuarakan hasrat untuk menentang Ahmad Zahid di Bagan Datuk dua minggu lalu, berkata, beliau memutuskan  ‘melanggar’ kerusi terlibat bagi memberi alternatif kepada pengundi Melayu, pemimpin yang lebih progresif daripada apa ditawarkan UMNO dan PAS.

Bekas Ahli Parlimen UMNO itu berkata, menewaskan Ahmad Zahid kekal sebagai matlamatnya, kerana Presiden UMNO itu tidak boleh dibenarkan mewakili orang Melayu susulan pelbagai tuduhan yang dihadapi.

PH, bagaimanapun dilaporkan akan menempatkan Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dari PKR di Bagan Datuk, selepas beliau menawarkan dirinya untuk menjadi "Giant Killer" di Parlimen itu.

Shamsul Iskandar yang pernah menewaskan bekas Ketua Menteri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Bukit Katil pada pilihan raya 2013, memberitahu The Vibes, dia sanggup melepaskan kerusi selamat Hang Tuah Jaya sekarang untuk Bagan Datuk.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Tawfik berkata ia akhirnya terpulang kepada pemimpin tertinggi PH untuk memutuskan antara beliau dan Shamsul, dan siapa yang mempunyai peluang lebih baik untuk menjatuhkan Ahmad Zahid.

“Saya fikir semua orang mempunyai hak untuk pergi ke mana mereka mahu, tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menentukan pilihan terbaik bagi mengalahkan Ahmad Zahid,” katanya.

Mengenai bagaimana gerakan GI bertindak balas terhadap rancangannya untuk bertanding di bawah panji PH, Tawfik berkata rakan-rakannya tidak mempunyai isu dengan cadangan itu kerana setiap ahli GI bebas bertindak. 

“GI bukan organisasi formal. Kami membuat keputusan sendiri tentang cara mengendalikan pilihan raya,” katanya, sambil menambah, ia juga terpulang kepada calon GI lain untuk memutuskan sama ada mereka juga ingin membuat perjanjian pilihan raya dengan PH.

“Parti adalah kenderaan seperti PROTON atau BMW yang anda naiki untuk ke destinasi.

“Apa yang penting ialah siapa penumpang dan pemandu. Anda juga boleh pergi secara solo dengan berbasikal atau menumpang orang lain,” katanya. - The Vibes, 24 Oktober 2022


 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Luar Negara 1 hari yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Semasa 1 hari yang lalu

Individu Hina Institusi Diraja Dikenal Pasti, Lebih 20 Kertas Siasatan Lampau - Fahmi

Semasa 4 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan