web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: MIC Sedia Bertukar Kerusi Jika Parti Komponen BN Lain Miliki Peluang Lebih Cerah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 6:12PM

Ismail Sabri Yaakob (kiri) ketika menghadiri rumah terbuka Deepavali Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MIC sedia bertukar kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), jika parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain memiliki peluang lebih cerah untuk menang di kerusi-kerusi terbabit.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan berkata langkah itu, untuk kebaikan bersama gabungan itu dan bagi membuktikan sifat positif yang diamalkan antara parti komponen BN.

“Konsep BN ialah kami berbincang dan membuat keputusan secara berhemah.

“BN selalu positif. Walaupun kami pernah kalah, kami masih bersama. Ada parti tidak sampai dua tahun bersama pun sekarang sudah berpecah lima,” katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Deepavali di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dalam PRU-15, berserta calon yang akan mewakili mereka dalam masa terdekat.

“Kami telah mengenal pasti kerusi sedia ada dan sedang berbincang sekiranya ada ruang untuk menambah kerusi. Tan Sri Vigneswaran akan membuat pengumuman dalam masa terdekat,” katanya. 

Terdahulu,  MIC dilaporkan bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen, pada PRU-15 yang hari pengundiannya ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 19 Nov.

Pada PRU-14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang). - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad