web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIC Harap Diberi Lebih Daripada Sembilan Kerusi Parlimen Untuk Ditandingi Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 9:22AM

M Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MIC berharap akan diberi lebih daripada sembilan kerusi Parlimen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berdasarkan kepada sokongan masyarakat India kini yang semakin bertambah baik terhadap parti, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri M Saravanan.

Beliau bagaimanapun menegaskan parti itu tidak memberi tekanan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menunaikan permintaan itu, dan berkata perkara berkenaan diserahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk dipertimbangkan.

“Bila banding dengan PRU-14 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, kita lihat perubahan yang besar dalam masyarakat India, daripada sebelum ini 10 peratus sokongan pada PRU-14, tetapi di PRK Cameron Highland dan seterusnya PRN, kita dapat (sokongan) hampir 37 peratus.

“Saya yakin keadaan ini (sokongan) akan bertambah pada PRU15,” katanya kepada media ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau persiapan Deepavali di Brickfields di sini malam ini.

Katanya beliau juga bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Tapah yang dimenanginya sejak tiga penggal lalu, pada PRU15 ini.

Terdahulu, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran dilaporkan berkata parti itu kekal bertanding di semua kerusi tradisinya pada PRU15 iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

3

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad