web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Tak Boleh Dibenarkan Mewakili Suara Orang Melayu - Tawfik Ismail

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 7:00AM

Tawfik Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh dianggap sebagai wakil orang Melayu.

Tawfik Ismail dari Gerak Independent yang berhasrat menentang Ahmad Zahid di Bagan Datuk atau ‘di mana-mana’ sahaja berkata, pertarungan di kerusi itu adalah untuk memujuk pengundi mengenai keperluan menghentikan rasuah.

“Penyandang kerusi itu bukan sekadar mewakili mereka di Parlimen, beliau juga adalah pemimpin parti Melayu terbesar di negara ini dan mungkin mewakili suara orang Melayu di peringkat dunia.

“Demi maruah dan kehormatan orang Melayu, selain beliau sendiri berdepan pertuduhan undang-undang, beliau tidak  boleh dibenarkan memegang peranan itu,” katanya kepada The Vibes.

Tawfik turut mencabar BN supaya menggugurkan Ahmad Zahid atau terus dilihat sebagai parti korup.

“Saya mahu melihat sama ada BN akan menggugurkan Ahmad Zahid demi kelangsungan parti mereka sendiri kerana jika tidak, mereka merelakan rasuah dan penipuan!,” katanya.

Tawfik kini berada di Bagan Datuk dan bersiap sedia untuk merebut kerusi Parlimen itu yang disandang Ahmad Zahid sejak tahun 1995.

Beliau kemungkinan berdepan laluan mencabar apabila pemimpin PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menawarkan diri bertanding di kerusi itu dan sedia melepaskan kawasan selamatnya di Parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka.

Menjawab kenyataan Shamsul Iskandar yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi itu, Tawfik berkata:

“Saya mengalu-alukan semua pencabar supaya pengundi Bagan Datuk akan mempunyai lebih banyak pilihan,” katanya.

Biarpun melahirkan rasa hormat kepada Tawfik sebagai anak kepada pengasas bersama UMNO, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Shamsul Iskandar berpendapat untuk menewaskan ‘gergasi’ seperti Ahmad Zahid, seseorang itu perlu mempunyai jentera.

Bagaimanapun, Tawfik berkata:

“Jentera saya kecil, berbanding PKR dan BN, tetapi mampukah mereka menyampaikan mesej yang saya bawa?

“PH yang menjadi rakan kongsi utama PKR perlu menghantar ketuanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menentang Presiden UMNO, jika agendanya sama dengan saya,” katanya.

Anwar baru-baru ini mengesahkan akan menentang Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Tambun bagi memenuhi ikrar bahawa beliau akan bertanding di kerusi disandang ‘pengkhianat’, membabitkan puluhan Ahli Parlimen yang menarik sokongan daripada PH menerusi Langkah Sheraton, sehingga menumbangkan kerajaan PH yang berusia 22 bulan.

Mengulas lanjut, Tawfik berkata, jenteranya lebih berfokus dan mempunyai sasaran jelas.

 “Parti besar dengan jentera mereka yang ramai mempunyai pelbagai sasaran dan akibatnya mereka tidak fokus,” katanya.

Tawfik menambah, perjuangan untuk menggulingkan rasuah bukan hanya di Bagan Datuk, tetapi di seluruh negara.

“Hapuskan kleptokrasi dengan tidak mengundi BN. Jadi secara mudahnya, rakyat adalah jentera saya,” - The Vibes, 23 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran