web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hasni Tidak Tolak Namanya Dalam Pertimbangan Sebagai Calon Luar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 7:59PM

Hasni Mohammad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Ir.Hasni Mohammad tidak menolak kemungkinan namanya berada dalam pertimbangan pucuk pimpinan parti (UMNO) untuk bertanding di luar kawasan keahliannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tanpa mendedahkan kerusi Parlimen yang akan ditandingi, Ketua UMNO Bahagian Pontian itu berkata tindakan meletakkan calon luar  bukanlah untuk kepentingan individu sebaliknya demi kemenangan parti selain untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa saya dalam pertimbangan pucuk pimpinan untuk disenaraikan bertanding bagi kawasan lain selain Parlimen saya menjadi anggota iaitu Pontian... saya sendiri jika diberi peluang dapat bertanding sudah dikira bagus, itu yang penting, kerusi mana tidak kisah.

"Tindakan ini juga untuk mengetengahkan potensi serta masa depan politik dalam kita menyusun strategi untuk menawan sekurang-kurangnya 16 hingga 17 kerusi Parlimen (daripada keseluruhan 26 kerusi) pada PRU-15," kata bekas Menteri Besar Johor itu kepada pemberita  selepas merasmikan pembukaan cawangan ke-10 Al Ikhlas Gajet di Larkin, di sini, hari ini.

Hasni, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, juga tidak menolak tindakan meletakkan calon luar bakal menimbulkan reaksi dalam kalangan ahli UMNO setempat, namun yakin ia akan dapat diuruskan dengan bijak.

Sementara itu, beliau berkata BN mempunyai calon yang terbaik untuk ditampilkan di Parlimen Pagoh yang disandang Pengerusi Perikatan Nasional (PN), yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU-15 pada 19 November ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November. - Bernama 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran