Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Teman Orang Perok Juge' - Anwar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 5:24PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Perak bukanlah negeri asing bagi dirinya, memandangkan beliau pernah bersekolah di Kuala Kangsar dan Kamunting selama sembilan tahun.

Malah, beliau yang mengumumkan bertanding sebagai calon di kerusi Tambun, menganggap dirinya sebagai ‘orang Perak’ berdasarkan pengalamannya duduk di negeri tersebut.

“Saya belajar di Kuala Kangsar tujuh tahun dan saya sambung pula di Kamunting dua tahun.

“Teman ini orang Perak sembilan tahun, jangan tak tahu. Jadi, ia bukan tempat asing bagi saya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Kenyataan Anwar tersebut dipercayai sebagai respon terhadap sindiran Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung penggunaan loghat tempatan di Tambun berbeza dengan di tempat lain.

Ahmad Faizal Azumu - Gambar oleh Alif Omar
Ahmad Faizal Azumu - Gambar oleh Alif Omar

Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja berkata demikian menerusi video dimuatnaik di Facebook miliknya semalam, selepas Anwar mengumumkan untuk bertanding di Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penyandang kerusi Parlimen Tambun itu memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang mahu berhijrah ke kawasan tersebut, perlu mempelajari sedikit sebanyak budaya Perak, khususnya dari segi sebutan dan percakapan orang tempatan.

Dalam video itu, Ahmad Faizal menyindir dengan memaklumkan sebutan sebenar perkataan air dalam loghat Perak.

“Hi assalamualaikum, bagi mereka yang hendak berhijrah dari tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat dan nak datang ke Tambun, saya nak beritahu sikit.

“Di Tambun kita sebut ayor, dengar betul-betul…ayor bukan ayaq…terima kasih, selamat datang,” sindirnya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan bertanding di Parlimen Tambun, bukannya untuk berdepan dengan Ahmad Faizal, sebaliknya demi berkhidmat kepada rakyat di situ.

“Saya nak beritahu, Anwar yang diamanahkan menjaga negara dan membuat kerja-kerja antarabangsa masih ada. Saya masih lagi Pengerusi Institut Pemikiran Islam Sedunia, ya...masih lagi.

“Tapi bila saya jadi wakil rakyat, tentunya saya ada tugas khusus, saya tahu tanggungjawab itu,” katanya.

Menurutnya, keputusan berpindah dari Parlimen Port Dickson ke Parlimen Tambun adalah bagi memperkuatkan lagi partinya dan Pakatan Harapan (PH) di Perak

“Ramai orang tanya kenapa pindah? Sebabnya kita nak tawan tempat lain dan Tambun pula kerusi perlu dimenangi, sebagai Presiden parti, saya perlu bersedia.

“Jadi, kita nak cuba tawan di situ pula. Mudah-mudahan jika dapat tawan beberapa kawasan lain, kita akan ada nilai tambah.

“Kalau kita masing-masing selalu pertahankan saja dan tak boleh berkembang ke tempat lain, ia tiada nilai,” katanya.

Anwar berkata, beliau tidak kisah dengan persepsi sesetengah pihak yang mengatakan dirinya tidak mendapat sokongan daripada pengundi Port Dickson menyebabkannya ke Tambun.

“Isu ini tidak berbangkit, sebagai Presiden parti saya perlukan cabaran ini. Kalau fikir nak selesa, baik (saya) kekal di sini (Port Dickson),” katanya. - Getaran, 22 Oktober 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran