web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Anthony Loke Sahkan Pertahan Kerusi Parlimen Seremban

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 4:10PM

Anthony Loke - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban manakala Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin kekal di Parlimen Rasah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Loke mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis pembukaan Bilik Gerakan Utama Parlimen Rasah di sini hari ini.

“(DAP) Negeri Sembilan selesai isu calon dan jentera awal-awal, persiapan kita dua minggu sebelum penamaan calon. Kita dah bersedia untuk tawan Parlimen Seremban dan Rasah… kita bukan sahaja nak menang Parlimen itu, tapi ada tanggungjawab bantu rakan pertahan Port Dickson, Tampin dan (merampas) Kuala Pilah,” katanya.

Loke ialah penyandang kerusi Parlimen Seremban selama dua penggal dan pada PRU14 lepas, beliau menang dengan majoriti 30,694 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chong Sin Woon dan calon PAS Shariffuddin Ahmad.

Cha pula menang dengan majoriti 46,867 undi mengalahkan calon BN Ng Kian Nam, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa (PAS) dan David Dass (Parti Alternatif Rakyat Malaysia) pada PRU14.

Mengulas pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon kerusi Parlimen Port Dickson semalam, Loke berpandangan ia satu keputusan tepat selain calon paling sesuai menggantikan Anwar.

Khamis lepas, Anwar mengesahkan akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU-15, penamaan calon pada 5 Nov ember dan pengundian awal pada 15 November. - Gambar fail

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad