web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Tendang' PH Sekarang, PRU-15 Bukan Masa Bereksperimen - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 3:19PM

Ahmad Zahid berkata negara memerlukan kerajaan yang kukuh, justeru [RU-15 bukan lagi masa untuk rakyat bereksperimen dalam memilih kerajaan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan lagi masa untuk rakyat di negara ini bereksperimen dalam memilih kerajaan.

Beliau berkata, sebaliknya ketika ini, negara memerlukan kerajaan kukuh dalam mendepani kemelesetan ekonomi global yang diramalkan berlaku pada tahun depan.

Malah, katanya, PRU-15 sangat mustahak dalam menentukan masa depan Malaysia dan masyarakat.

 Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan sama pada hari pengundian 19 November. Kerajaan BN yang terbukti berkemampuan, berpengalaman, kukuh dan stabil perlu dibentuk.

“Dunia diramalkan berdepan kemelesetan ekonomi global tahun depan oleh badan antarabangsa dan Malaysia akan turut berdepan tempiasnya.

“Usah memperjudikan masa depan negara dengan memilih PH (Pakatan Harapan) hanya kerana kita mempunyai sentimen politik akibat terpengaruh dengan `bisikan’ pemimpin mereka. Insya-Allah kita yakin rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan pujukan dan propaganda PH yang bertujuan memanipulasi daya fikiran rakyat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yakin majoriti rakyat akan berlaku rasional dengan memilih kestabilan dan kemakmuran.
Ahmad Zahid yakin majoriti rakyat akan berlaku rasional dengan memilih kestabilan dan kemakmuran.

Ahmad Zahid berkata, pelbagai masalah timbul di negara ini selepas PRU-14 apabila sebilangan rakyat bereksperimen sehingga mengakibatkan kemerosotan ekonomi, kewangan kucar kacir, ketidakstabilan politik, keharmonian terganggu dan kebajikan dikurangkan.

“Ingatlah sebilangan rakyat pernah bereksperimen pada PRU-14. Natijah tersilap memilih kerajaan seperti berlaku pada 9 Mei 2018 adalah amat buruk.

“Aset strategik negara ‘dilelong’ sewenang-wenang, projek untuk rakyat difaraid kroni, banyak perniagaan terpaksa gulung tikar, sekali gus menyebabkan ramai hilang pekerjaan. Pentadbiran kerajaan PH lebih mengutamakan politik berbanding berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Justeru, tegas beliau, rakyat harus ‘menendang’ PH lebih awal supaya mereka tidak merosakkan negara, kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat sekali lagi.

Ujarnya, beliau turut yakin majoriti rakyat akan berlaku rasional dengan memilih kestabilan dan kemakmuran.

Malah, katanya, rakyat tidak akan memilih kepentingan politik PH semasa membuat penentuan PRU-15.

“PH pujuk rakyat pilih mereka sebagai kerajaan semula pada PRU-15 dan jika prestasi kerajaan PH ‘ke laut’, mereka bersedia ‘ditendang’ sekali lagi.

‘Apakah PH fikir begitu mudah rakyat Malaysia dipermainkan dengan propaganda seperti ini, selepas rakyat menyaksikan apa terjadi hanya dalam tempoh 22 bulan?,” soalnya.

Kelmarin, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu ketika berucap pada Konvensyen PH Nasional di Ipoh kelmarin dilaporkan memujuk rakyat supaya sekali lagi memberikan kepercayaan terhadap PH untuk mentadbir negara.

Penyandang kerusi Parlimen Kota Raja itu berkata, PH turut bersedia ‘ditendang ke laut China Selatan’ jika tidak melaksanakan tugas dengan baik.

“Kita akan lihat kerajaan (PH) dalam (tempoh) lima tahun (mentadbir negara selepas PRU-15).

“Kalau baik, sambung tugas kita lagi lima tahun, kalau tak buat (baik) tendanglah kita ke Laut China Selatan,” katanya - Getaran, 22 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad