web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GTA Sasar Tanding 10 Kerusi Parlimen Di Kedah - Mukhriz

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 2:31PM

Muhkriz Mahathir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Gerakan Tanah Air (GTA) menyasarkan untuk bertanding di 10 kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini, demikian kata Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Mukhriz yang juga Presiden Pejuang berkata kerusi yang disasarkan gabungan politik itu ialah kerusi luar bandar yang kebanyakannya kawasan kuat UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, beliau berkata GTA masih membuat penilaian terhadap beberapa kerusi yang hendak ditandingi berdasarkan beberapa kriteria sebelum memuktamadkan sama ada akan meletakkan calon atau tidak pada PRU nanti.

"Kita lihat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi, antara lain sentimen sesuatu kawasan itu terhadap suasana politik masa kini dan apa pendirian mereka (penduduk kawasan itu) berkenaan dengan GTA.

"Kemudian jumlah ahli keseluruhan parti dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam GTA, adakah kita mempunyai jentera yang terlatih untuk melakukan kerja-kerja kempen dan sebagainya dan adakah kita mempunyai calon yang sesuai," katanya dalam sidang media di sini.

GTA merangkumi Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) and Parti Ikatan India Muslim Nasional (Iman).

Penyandang kerusi Parlimen Jerlun itu berkata walaupun tidak mempunyai jentera parti yang besar seperti gabungan parti lain, GTA mempunyai jentera mencukupi untuk menghadapi PRU15 selain calon yang akan diketengahkan terdiri daripada mereka yang dikenali di kawasan ditandingi.

Mengulas mengenai kerjasama dengan gabungan parti politik lain, Mukhriz berkata pihaknya bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, terdapat dua kaedah bagi GTA untuk membentuk kerjasama politik iaitu menyertai gabungan parti politik atau melakukan pakatan pilihan raya bagi mengelakkan pertindihan calon di sesuatu kerusi.

Beliau berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan gabungan parti politik tertentu untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan ataupun tidak.

"Kita tidak kisah sangat dengan mana satu (PH atau PN), tapi setakat ini saya ingat adalah sedikit respons positif daripada PN, dengan PH itu saya baru dengar yang (Pengerusi Penaja GTA) Tun Dr Mahathir (Mohamad) buat kenyataan menerusi video itu (semalam) yang dia pun terbuka kalau PH nak berbincang," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad