web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIC Ada 'Peluang' Di Teluk Intan Tetapi Pertarungan Sengit - Penganalisis

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 10:00AM

Percubaan MIC bertanding di Teluk Intan dalam PRU-15 dilihat punya peluang namun berdepan saingan sengit. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Percubaan pertama MIC untuk bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dilihat mempunyai peluang untuk menang, namun perlu berhadapan dengan pertarungan yang sengit.

Penganalisis politik Dr G. Manimaran berkata untuk merampas kerusi Parlimen itu, MIC perlu memantapkan lagi strategi kempen yang telah digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. 

“Dari segi strategi politik, langkah MIC untuk melepaskan kerusi Parlimen Cameron Highlands dan bertanding di Teluk Intan dilihat sebagai langkah ‘selamat’. Peluang (MIC) menang di Teluk Intan itu ada tetapi pertarungannya agak sukar,” kata Manimaran yang juga antara penulis buku ‘Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang dan Tadbir’ ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Bernama melaporkan MIC dijangka bertanding kerusi Parlimen Teluk Intan di Perak bagi menggantikan kerusi Cameron Highlands di Pahang yang diberikan kepada UMNO ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2019.

Seorang lagi penganalisis politik Datuk B. Anbumani ketika dihubungi berkata parti kaum India itu perlu meletakkan calon yang boleh diterima masyarakat tempatan untuk memenangi kerusi berkenaan. 

“MIC tidak harus meletakkan calon payung terjun di Teluk Intan. Keputusan untuk beralih ke Teluk Intan mempunyai risiko politik untuk MIC dan Barisan Nasional (BN). Semua pihak perlu ingat jasa dan pengorbanan parti berkenaan (MIC),” katanya. 

Sementara itu, Penyelaras MIC Parlimen Teluk Intan Datuk T. Murugiah ketika dihubungi berkata MIC sudah mula melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat di kawasan itu sejak 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19 melanda. 

Naib Presiden MIC yang dilahirkan di Taiping dan dibesarkan di Sitiawan, tidak jauh dari Teluk Intan itu berkata sejak 2019 beliau menghabiskan hujung minggu di Teluk Intan dan selepas Parlimen dibubarkan beliau akan berkampung di situ sehingga PRU-15.

“Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) MIC memberikan bantuan menghantar barangan makanan kepada penduduk Teluk Intan. Selain itu, MIC turut memberi bantuan kepada mangsa banjir,” katanya. 

Murugiah yang pernah bertugas sebagai pegawai tentera dan guru sebelum berkecimpung dalam dunia politik berkata Teluk Intan mempunyai 87,000 pengundi berdaftar dan lebih 17,000 atau hampir 20 peratus merupakan pengundi India manakala pengundi Melayu dan Cina masing-masing 40 peratus. 

Pada PRU-13, calon DAP Seah Leong Peng memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 7,313 undi, bagaimanapun dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada 2014 susulan kematian Seah, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong yang mewakili BN ketika itu merampas kerusi berkenaan apabila mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi. 

Pada PRU-14, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan Mah dengan majoriti 11,179 undi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

4

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad