web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aminuddin Bertanding Kerusi Parlimen Port Dickson - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 7:09AM

Aminuddin Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun diumumkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perkara itu diumumkan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada program Jelajah Harapan Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

“Saya kena pilih, orang Port Dickson boleh percaya, standardnya sama atau lebih sikit daripada saya. Keperibadiannya, kerjanya dan orang tempatan. Dia (Aminuddin) tak minta, dia rayu jangan bagi dia.

“Ini contoh baik, tak akan ganggu (kerja MB), dia orang sini, sebagai Menteri Besar. Ketua Cabang Port Dickson. Ini adalah cara saya beri penghormatan kepada Port Dickson. Semoga menang kawasan lain juga. Bukan kita nak jawatan tapi khidmat lebih baik, hanya umum dua Tambun dan Port Dickson,” katanya.

Semalam, Anwar mengesahkan akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak pada PRU-15.

Beliau akan melepaskan kerusi Parlimen Port Dickson yang disandangnya ketika ini, selepas menang besar dengan majoriti 23,560 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada Oktober 2018 yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru.

Anwar ketika ditemui media selepas itu berkata beliau yakin Aminuddin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson.

“Beliau bekerja dengan baik, orang sini, selalu bantu saya di Port Dickson, Insya-Allah boleh (menang) dengan bergaya,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata keputusannya bertanding di Tambun kerana turut mahu menawan kawasan lain di negeri berkenaan sekali gus memberikan nilai tambah kepada PH.

“Tambun sekarang bukan PH, tetapi dikuasai Bersatu, jadi kalau tawan yang itu, mudah-mudahan dapat tawan beberapa kawasan lain. Kalau masing-masing pertahan sahaja tak boleh la, nak perkembang kawasan lain, tapi saya tahu bukan mudah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 4 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 16 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik