web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPR Diminta Perjelas Peningkatan Mendadak Pengundi Di Sabah - Bung Moktar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 7:00AM

Bung Moktar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung peningkatan mendadak jumlah pengundi berdaftar di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata peningkatan mendadak itu meragukan apabila jumlah pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti meningkat lebih 50 peratus berbanding pengundi PRU-14.

Menurutnya terdapat peningkatan pengundi bumiputera Islam yang tinggi di kawasan penduduk Kadazan Dusun Murut (KDM) antaranya di Parlimen Penampang dan perkara itu memerlukan penjelasan supaya tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat.

"Pertambahan jumlah pengundi yang terlalu tinggi secara tidak langsung memberi kesan terhadap parti politik dalam pilihan raya kali ini (PRU-15)...jumlah tersebut amat meragukan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan peningkatan mendadak pengundi di Sabah iaitu daripada 1,064,686 orang ketika PRU-14 pada 2018 kepada 1,638,806 orang tahun ini untuk PRU15.

Sementara itu, Bung Moktar juga meminta supaya SPR mempertimbangkan kelayakan undi awal atau undi pos kepada mahasiswa terutama yang baharu mendaftar di universiti masing-masing bagi membolehkan mereka mengundi pada PRU-15.

Menurutnya hak golongan itu untuk memilih tidak boleh dipinggirkan terutama apabila pengundi muda berusia 18 tahun dibenarkan mengundi melalui pendaftaran secara automatik berkuat kuasa 15 Disember tahun lepas.

"Kita sedia maklum penuntut unversiti termasuk dalam kelompok pengundi 18 tahun yang kini sedang menuntut dan sebahagiannya baru sahaja mendaftarkan diri bagi memulakan sesi pengajian di seluruh unversiti di negara ini.

“Justeru kumpulan ini perlu diberikan kelonggaran membuang undi awal atau undi pos supaya hak mereka sebagai pemilih tidak terabai," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad