web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peja Sindir Anwar, Orang Tambun Sebut ‘Ayor Bukan Ayaq’ 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 8:17PM

Ahmad Faizal Azumu (kiri) dan Anwar Ibrahim.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara sinis menggambarkan Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan ‘orang luar’ apabila meletakkan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Tambun.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara sinikal menggambarkan Pakatan Harapan (PH) yang mempertaruhkan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Tambun sebagai orang luar.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, video tersebut dipercayai ditujukan kepada Anwar yang mengumumkan beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Ahmad Faizal yang juga penyandang Ahli Parlimen Tambun memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang mahu berhijrah ke kawasan tersebut, perlu mempelajari sedikit sebanyak budaya Perak, khususnya dari segi sebutan dan percakapan orang tempatan.

Dalam video dikongsi di Twitter itu, Ahmad Faizal menyindir dengan memaklumkan sebutan sebenar perkataan air dalam loghat Perak.

“Hi assalamualaikum, bagi mereka yang hendak berhijrah dari tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat dan nak datang ke Tambun, saya nak beritahu sikit.

“Di Tambun kita sebut ayor, dengar betul-betul…ayor bukan ayaq…terima kasih, selamat datang,” sindirnya menerusi hantaran dikongsikan di Twitter miliknya itu, hari ini.

Semalam, Anwar ketika berucap pada Konvensyen PH malam tadi mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, keputusan bertanding di Tambun didorong hasrat mahu menjadikan Perak sebagai barisan hadapan bagi PH.

Meletakkan impian mahu Perak mengekori jejak Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, beliau mengakui belajar daripada pengalaman pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang berhasil meraih kemenangan di setiap kawasan ditandingi.

Anwar berkata, Perak akan menjadi pemangkin untuk PH menawan Putrajaya, justeru pembaharuan ekonomi akan dibuat sekiranya gabungan tersebut berjaya mentadbir kerajaan pada penggal akan datang.

Dalam pada itu, sindiran Menteri Belia dan Sukan itu yang turut dikenali sebagai Peja mendapat perhatian netizen, dengan sebahagian berpendapat tindakan terbabit membuktikan Ahmad Faizal gentar berdepan Ketua Pembangkang, susulan pengkhianatan dilakukan sehingga kerajaan PH tumbang.

“Aku nak sangat tahu berapa juta Peja akan belanja untuk melawan DSAI (Anwar). Kalah saja dia di Tambun papa kedana dia nampak gayanya. Habis duit gaji dan komisen dia kumpulkan selama ini. Harap sempat simpan duit, bina gerai mee kari di Tambun,” kata seorang pengguna.

“Cuak ke…laju respon. Kau ini sebelum 2018 orang tak kenal pun. Hancurlah kau nanti pengkhianat,” kata seorang pengguna lain.

Sementara itu, menerusi kenyataan berbeza, Ahmad Faizal mengesahkan akan mempertahankan Parlimen Tambun pada PRU-15.

Sebagai anak jati Tambun, menurut beliau, menjadi tanggungjawab serta kewajipan dirinya untuk kekal berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Dengan penuh rendah hati, saya ingin mengumumkan bahawa akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15. Atas prinsip dan semangat demokrasi, saya turut mengalu-alukan mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun. 

“Mudah-mudahan, kempen pada pilihanraya kali ini berjalan dengan telus dan adil, sekaligus memberi manfaat buat pengundi di Tambun serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya. - Getaran, 21 Oktober 2022.

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95