web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tawfik Tidak Akan Bertanding Jika Ahmad Zahid Tarik Diri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 7:24PM

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Tawfik Ismail. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ingin ditewaskan beliau tidak bersaing di kerusi sama.

Mengulas mengenai artikel Sinar Harian yang mendakwa Ahmad Zahid akan digantikan anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah atau orang kanan pemimpin itu, Tawfik memaklumkan kepada The Vibes bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai cita-cita politik untuk diteruskan.

“Misi saya adalah untuk menghalang Zahid Hamidi daripada menjadi Ahli Parlimen dan menjadi Perdana Menteri. Saya tidak bergaduh dengan anak perempuannya atau orang lain.

“Betul (saya tidak akan bertanding jika dia tidak bertanding). Saya tidak mempunyai cita-cita politik,” katanya.

Laporan Sinar Harian mendakwa antara punca Ahmad Zahid tidak mahu bertanding di kerusi Bagan Datuk adalah sebagai ‘pengorbanan’ berhubung kontroversi menyelubungi dirinya.

Susulan situasi itu, ahli politik veteran terbabit tidak mahu mencemarkan peluang UMNO dan calon Barisan Nasional (BN) lain untuk menawan Putrajaya, selain mengelakkan isu berkenaan menjadi modal serangan parti lawan.

Bagaimanapun, menerusi muat naik di Instagramnya, Nurulhidayah menafikan spekulasi bahawa bapanya berundur dan ia digantikan beliau atau orang kanannya.

“Saya cuba sedaya upaya untuk mengulas perkara ini dengan tenang. Tolong jangan buat anak dan ayah bergaduh. Kamu semua buat dosa pada Jumaat. Tak baik,” katanya.

Minggu lalu, Tawfik yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Ismail Abdul Rahman, mencabar Ahmad Zahid, dengan mengatakan bahawa beliau mahu menawarkan pemimpin Melayu lebih baik kepada pengundi, berbanding apa ditawarkan PAS dan UMNO.

Beliau disifatkan sebagai ‘jagoan masuk kawasan musuh, namun tidak memberi kesan kepadanya’. – The Vibes, 21 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad