web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Faizal Pertahan Kerusi Tambun, Bakal ‘Bertemu’ Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 5:49PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dengan pengumuman itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan akan ‘bersemuka’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merebut kerusi terbabit.

“Dengan penuh rendah hati, saya ingin mengumumkan bahawa akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15.

“Saya dan rakan- rakan sukarelawan serta pendukung Perikatan Nasional (PN) Tambun adalah merupakan anak jati Parlimen Tambun. Maka, kami beranggapan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan untuk terus kekal berkhidmat di halaman kami sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata, atas prinsip dan semangat demokrasi, beliau turut mengalu-alukan mana-mana individu yang berhasrat bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

“Mudah-mudahan, kempen pada pilihan raya kali ini berjalan dengan telus dan adil, sekali gus memberi manfaat buat pengundi di Tambun serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Semalam, Anwar mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka-teki di mana Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akan bertanding, selepas timbul khabar angin beliau bakal ke beberapa kawasan, antaranya Parlimen Tambun dan tidak mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson.

Ketika PRU-14, Anwar yang juga Presiden PKR menang besar di kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi.

Manakala, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR ketika itu, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi. – Getaran, 21 Oktober 2021

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad