web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahathir Hulur Tangan Pendamaian Pada Anwar, Tak Kisah Digelar 'Tak Tahu Malu'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 5:42PM

Anwar Ibrahim (kiri) dan Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil menghulur tangan sekali lagi sebagai tanda pendamaian kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam satu klip video bertajuk ‘Ketepikan Ego’, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), mengimbau pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut di mahkamah pada 2016 yang membawa kepada kerjasama politik, bagi menyekat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, sifir politik ketika itu adalah amat jelas, iaitu sekiranya pihak pembangkang tidak bersatu dan bertanding di atas pentas sama, Najib dan konconya akan terus berkuasa.

“Saya bersedia bertemu dengan Datuk Seri Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya, jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan.

“Orang nak kata saya tak tahu malu atau jilat ludah semula, tidak memberi kesan kepada saya. Yang penting, matlamat kita untuk menyekat kemaraan orang yang merosakkan negara tercapai.

“Kejatuhan Najib menunjukkan kita telah lakukan sesuatu yang menjayakan kita,” katanya di laman Facebook hari ini.

Pertemuan semula Dr Mahathir dan Anwar pada 5 September 2016 di mahkamah menyaksikan kedua-dua pemimpin itu bersalaman dan berbual buat kali pertama sejak 18 tahun lalu.

Bagi banyak pihak, ia dilihat sebagai fasa baharu dalam kerjasama dan pensejajaran politik untuk menewaskan Najib.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, perasaan peribadi, bersikap sombong, ego serta kepentingan diri tidak ada tempat dengan sesuatu perjuangan, terutama apabila terkait agama, bangsa dan tanah air.

Jelas penyandang Ahli Parlimen Langkawi itu, semasa beliau bertemu Anwar di mahkamah, perkara utama di fikirannya adalah bagaimana cara untuk menyekat Najib dan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada terus berkuasa.

Ketika itu, tambahnya, seluruh dunia melapor dakwaan puluhan bilion wang rakyat dirompak Najib dan jika kerajaan berkenaan tidak dijatuhkan, pengkhianatan pihak terbabit akan tersembunyi dan dapat terus menyamun.

“Maka pilihan yang perlu saya buat juga amat mudah, iaitu untuk mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara, saya perlu bekerjasama dengan bekas musuh saya yang juga bersetuju perlu menyekat kejahatan tersebut,” katanya. - Getaran, 21 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad