web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: GERAKAN Belum Pasti Letak Calon Di Kerusi Ditandingi DAP, MCA

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 5:35PM

Mak Kah Keong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - GERAKAN belum memutuskan sama ada mahu meletakkan calon di semua kerusi yang bakal ditandingi wakil DAP dan MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong berkata keputusan meletakkan calon dibuat dengan mengambil kira keupayaan jentera parti itu di peringkat akar umbi.

“Untuk bertanding atau tidak, kita akan ambil kira jentera sama ada GERAKAN ada akar umbi di sana, (kalau) kuat kita akan bertanding.

"Kalau tak ada, lebih baik buat tinjauan, pemerhatian dan tunggu masa yang sesuai kita bertanding. Jangan bazirkan ‘peluru’, kita kena ada strategi, kena fokus," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan GERAKAN Kelantan, di sini hari ini.

Sementara itu, Mak berkata ahli GERAKAN di Kelantan tidak mempunyai masalah untuk mengundi calon Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan logo PAS pada PRU-15 dan kini GERAKAN Kelantan mempunyai 7,000 ahli.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada 16 Oktober dilaporkan berkata semua calon PN bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menggunakan logo PAS di tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad