web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Tempatan Mahu Charles Santiago Pertahan Kerusi Klang - Kajian

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 3:44PM

Charles Santiago - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago tersenarai sebagai calon kegemaran penduduk setempat di Klang untuk bertanding di kerusi Parlimen, menurut tinjauan dijalankan Persatuan Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan (PAPDK).

Lebih sedikit daripada 40 peratus responden berkata, mereka akan mengundi beliau, berbanding calon lain daripada DAP.

Tinjauan itu juga mendapati Charles senang dikenali 54.1 peratus responden.

Bagaimanapun, Pengerusi PAPDK, Khairul Arifin berkata, saiz tinjauan adalah kecil dengan hanya 400 orang daripada 220,000 penduduk Klang kerana sumber terhad.

Khairul menambah, hasil kajian menunjukkan 41.9 peratus akan mengundi Pakatan Harapan (PH) jika Santiago menjadi calon, manakala 30.4 peratus dan 29.2 peratus, masing-masing menyokong gabungan itu sekiranya calon terbabit adalah rakan parti, Ean Yong Hian Wah atau Ganabatirau Veraman.

Hian Wah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan dan Ganabatirau ialah ADUN Kota Kemuning ketika ini.

Pada sidang akhbar hari ini, PAPDK memaklumkan, tinjauan itu dimulakan ‘ahli masyarakat prihatin dan penyokong PH’ ketika tercetus spekulasi bahawa DAP akan menggugurkan Charles sebagai calon di Klang yang disifatkan sebagai kerusi ‘selamat’ serta boleh dimenangi pembangkang

Charles menjadi Ahli Parlimen Klang sejak 2008, apabila beliau menamatkan penaklukan MCA di kerusi majoriti Cina.

Sejak itu, beliau mempertahankan kerusi itu dengan peningkatan majoriti dalam pilihan raya seterusnya. Kemenangan beliau pada 2018 ke atas calon MCA menyaksikan majoriti lebih 78,000 undi.

Minggu lalu, The Vibes melaporkan, DAP Selangor akan memutuskan sama ada untuk mengekalkan beliau, ketika ada spekulasi menyatakan Hian Wah mungkin turut ke situ.

Kumpulan Cina berpengaruh di Klang juga menyatakan sokongan mereka kepada Santiago untuk mempertahankan kerusi itu, memandangkan beliau cukup dikenali sebagai pemimpin praktikal dan penyelesai masalah. – The Vibes, 21 Oktober 2022

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Penunggang Motosikal Parah Dirempuh Perodua Bezza

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad