web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Tak Bertanding PRU-15?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 1:29PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas menyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk sejak empat penggal lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak akan bertanding bagi mempertahankannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Sinar Harian, tempat beliau difahamkan bakal diganti sama ada anaknya, Nurulhidayah atau orang kanan pemimpin itu sendiri.

Ahmad Zahid, 69, dikatakan membuat keputusan besar itu sebagai pengorbanan terhadap parti agar nama dan isu menyelubungi dirinya, tidak dijadikan modal ketika lawan berkempen bermula 19 November ini, seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh UMNO dan UMNO Bahagian kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri, sekiranya Barisan Nasional (BN) menang PRU-15.

Pada 23 September lalu, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung projek VLN pada Jun 2019.

Bagaimanapun, beliau masih berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan kes dakwaan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953 dan beliau adalah anak sulung daripada sembilan beradik.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri mulai 29 Julai 2015 sehingga 2018 selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugur daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Zahid pernah memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dari tahun 2013 hingga 2018 dan sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 hingga 2013.

Di awal kerjaya politiknya, beliau menjadi Setiausaha Politik kepada Najib, Senator Dewan Negara dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN), sebelum menjadi ketua sayap Pemuda UMNO.

Selepas BN tewas buat pertama kali pada PRU-14 dan tidak menjadi kerajaan Persekutuan, Ahmad Zahid mengambilalih kepimpinan UMNO dan BN, iaitu apabila Najib melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.

Namun pada 18 Disember 2018, beliau membuat keputusan untuk bercuti daripada jawatan tersebut dan hanya kembali semula menerajui UMNO enam bulan selepas itu.

Di bawah kepimpinan beliau, BN memenangi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang menyaksikan kemenangan besar BN.

Pada 13 Oktober lalu, anak mantan Timbalan Perdana Menteri pada era Tun Abdul Razak, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail mengesahkan beliau akan bertanding menentang Ahmad Zahid pada PRU-15

Mohamed Tawfik yang merupakan pengasas Gerak Independent pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut, Johor di bawah pemerintahan BN pada tahun 80-an. – Getaran, 21 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad