web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maskot Sang Kancil Pilihan PH Depani PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 11:41AM

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di Ipoh, Perak semalam memperkenalkan maskot gabungan dalam mendepani PRU-15. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di Ipoh, Perak semalam memperkenalkan maskot gabungan itu dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Maskot tersebut yang diberi nama Jaguh, merupakan seekor kancil sebagai lambang kepada kekuatan, keberanian dan kebijaksanaan walaupun secara fizikalnya bersaiz kecil.

“Walaupun saya mungkin ‘underdog’ dalam pertempuran yang akan datang, saya percaya kita boleh membawa kejutan kepada semua orang.

“Anda mungkin masih ingat kisah Sang Kancil yang muncul sebagai pemenang menentang lawannya,” menurut watak itu menerusi hantaran di Facebook rasmi DAP.

Jaguh turut berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk percaya bahawa PH juga boleh melakar kemenangan menakjubkan pada PRU-15.

“Semangat juang saya yang tidak berkesudahan, itulah sebabnya mereka memanggil saya ‘Jaguh’,” katanya.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji penampilan maskot tersebut.

Seorang pengguna, Ishak Saidin menulis, walaupun Jaguh bersaiz kecil tetapi ia cerdik dan boleh menewaskan musuh lebih besar.

“Itu kecerdikan, jadi tidak mustahil PRU-15 ini PH boleh menyapai (mencapai) kemenangan...Terbaik,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Yap Kheng Chew berkata, dia menyukai maskot berkenaan dan menyeru semua pihak melakukan perubahan sekali lagi pada PRU-15. - Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

3

Politik 2 tahun yang lalu

Musa Aman Bukan Bakal Ketua Kami - PH Sabah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Selamat, Kereta Terbabas Berhampiran Empangan Bakun

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja