web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Soal Calon Topik Utama Dibincang Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 7:00AM

Soal pemilihan calon PRU-15 kini menjadi perbincangan utama parti dan gabungan politik tanah air. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Soal pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kini menjadi perbincangan utama parti dan gabungan politik tanah air, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh-tarikh penting pilihan raya itu hari ini.

Di Terengganu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata gabungan itu, tidak menolak kemungkinan menggugurkan muka lama yang kurang sesuai untuk diketengahkan pada PRU-15, untuk memastikan calon PH kelak mampu memberi saingan kepada parti lawan.

Mengakui berdepan tugas sukar untuk menyediakan senarai bakal calon, Pengerusi Amanah Terengganu itu berkata beliau kini berusaha meyakinkan ‘orang lama’ untuk berundur dan memberi laluan kepada muka baharu.

“Rakyat kecewa kerana ada yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan prestasi, jadi kita berusaha untuk tonjolkan seberapa banyak muka baharu... saya rasa itulah kehendak rakyat,” katanya kepada Bernama.

PH akan tetap akan meletakkan calon di kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu meskipun PH tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU-14.

Di Melaka, Gerakan Tanah Air (GTA) Melaka akan mempertaruhkan calon dalam kalangan profesional dan ahli perniagaan, sebagai calon PRU-15.

Timbalan Ketua Majlis Pimpinan Pejuang Melaka Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh berkata antara kriteria calon ialah orang tempatan, berpengaruh, bersih daripada sebarang kes mahkamah terutama berkaitan rasuah dan mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin.

“Kesemua calon berusia antara 30an hingga 50an dan tidak pernah bertanding di mana-mana kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

GTA menyasarkan untuk bertanding di lima kerusi Parlimen di Melaka pada PRU15 iaitu Hang Tuah Jaya, Jasin, Tangga Batu, Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Di JOHOR, BN Johor akan memastikan momentum kemenangan yang diraih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) diteruskan pada PRU15, sekali gus membantu menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Pengarah Operasi PRU BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata jentera rakan komponen dalam gabungan itu berada dalam keadaan optima ketika ini, untuk berdepan dengan PRU15.

“… kita telah membuat persediaan awal dan momentum Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berterusan, untuk memastikan Johor membantu menubuhkan kerajaan Persekutuan nanti,” katanya.

SPR hari ini menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan  pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja