web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nama Calon UMNO Belum Dimuktamadkan - Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 7:48PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nama calon UMNO bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih belum dimuktamadkan dan perbincangan berhubungnya masih diteruskan ketika ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, proses penilaian semua calon terlibat sedang dijalankan selepas setiap pengerusi perhubungan negeri parti membentangkan cadangan mereka minggu lalu.

“Belum selesai lagi (pembahagian kerusi calon UMNO).

“Tidak pasti (bila dimuktamadkan). Kita (Barisan Nasional) banyak lagi pembahagian kerusi dengan komponen, masih dalam perbincangan,” katanya kepada pemberita pada Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

PRU-15 bakal menyaksikan ‘pertembungan’ antara tiga blok politik terbesar negara iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang masing-masing pernah mempunyai rekod pentadbiran sebagai kerajaan Persekutuan.

Apa yang menarik, kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri  terdiri daripada gabungan parti komponen BN dan PN.

Bagaimanapun, memasuki pentas PRU-15, perseteruan antara BN dan PN dilihat semakin serius.

Ini dapat dilihat dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa BN adalah musuh utama gabungan itu yang perlu dilawan pada PRU-15. - Getaran, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad