web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pilihan Raya Banyak Kelemahan, Tapi SPR Enggan Dengar Teguran - Tun M

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 3:39PM

Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa enggan mendengar teguran berhubung kelemahan yang banyak terdapat dalam pelaksanaan pilihan raya.

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, elemen rasuah dan penipuan kekal melatari pilihan raya jika SPR tidak mengambil sebarang tindakan untuk memperbetul atau memperbaiki kelemahan itu.

“Umpamanya, (penggunaan) telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi. Parti boleh guna maklumat untuk sogokan.

“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang,” katanya.

Setakat ini, pengundi yang hadir di mana-mana saluran mengundi dibenarkan membawa telefon bimbit masing-masing, dan tiada peraturan khusus yang melarang gajet itu daripada dibawa.

Dr Mahathir yang bakal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi turut mempersoalkan, apakah SPR tidak boleh mengeluarkan peraturan khusus untuk melarang pengundi membawa masuk telefon bimbit masing-masing.

“Tidak bolehkah Suruhanjaya Pilihan Raya tegah membawa telefon bimbit semasa mengundi?

“Dan banyaklah lagi kelemahan pilihan raya yang perlu diperbaiki oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum PRU-15,” katanya.

SPR hari ini menetapkan bahawa tarikh pengundian untuk PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah ialah pada 19 November.

Hari penamaan calon dan mengundi awal masing-masing ditetapkan pada 5 serta 15 November depan. - Getaran, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 7 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad