web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Mengundi 19 November, Penamaan Calon 5 November

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 12:32PM

SPR menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan PRK DUN Bugaya, Sabah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala 15 November adalah tarikh untuk mengundi awal. 

Menurut beliau, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon, berbanding 11 hari pada PRU-14.

"Writ pilihan raya akan dikeluarkan pada hari ini (20 Oktober 2022) kepada pegawai pengurus pilihan raya yang telah menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

"Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 76 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 42 kerusi di Pahang 15 di Perlis 59 Perak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR, di sini, hari ini. 

Turut hadir, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak. 

Abdul Ghani berkata, SPR akan menggunakan daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu, dan menyenaraikan 21,173,638 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRU-15. 

Daripada jumlah terbabit, menurut beliau, 20,905,366 adalah pengundi biasa manakala 146,737 merupakan anggota tentera serta pasangan dan 118,794 pasukan polis Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan.

"Seramai 2,741 orang pengundi tidak hadir (kerana berada) luar negara. Daftar pemilih bagi PRU Ke-15 
dijadualkan mula dijual pada 31 Oktober nanti. 

"Bagi PRU-15 dan PRK DUN Bugaya, sebanyak 222 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan 222 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan, melibatkan 222 pegawai pengurus 
pilihan raya yang dibantu oleh 1,264 penolong pegawai pengurus. 

"Pada masa sama, bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR akan menubuhkan 625 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding," katanya. 

Mengulas lanjut, Abdul Ghani menegaskan, SPR memerlukan kira-kira RM1.01 bilion bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut pada November ini. 

"Seramai 363,515 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU-15 dan PRK DUN Bugaya manakala 8,958 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 tempat mengundi atau saluran bakal dibuka.

"Selain itu, 578 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 970 tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan. Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 9,536 dengan
39,318 tempat mengundi," katanya. 

Beliau berkata, SPR turut membuka peluang kepada mana-mana agensi kerajaan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi melihat perjalanan proses PRU Ke-15, bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.

Jelasnya, mereka dibenarkan membuat pemerhatian seperti di pusat penamaan calon, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan tempat penjumlahan rasmi undi, tetapi perlu mematuhi kesemua syarat pelantikan ditetapkan oleh SPR.

"Bakal calon yang bertanding dalam PRU-15 dan PRK DUN N66 diseru mengisi serta membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat pilihan raya negeri seluruh negara sebelum hari penamaan calon,  dan digalakkan membuat pembayaran deposit lebih awal. 

"Perkara itu bertujuan memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar, namun diingatkan, kertas penamaan calon setelah lengkap diisi dan disemak, harus dikemukakan calon, penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon di pusat yang telah ditetapkan SPR. 

"SPR akan meneruskan penyiaran secara langsung proses pilihan raya menerusi penstriman langsung bagi pusat atau saluran mengundi yang terpilih di Facebook SPR sebagaimana dilaksanakan sebelum ini," katanya. 

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU-15 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat 10 Oktober lalu. 

Pembubaran Parlimen itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Perdana Menteri berkata, keputusan membubarkan Parlimen ke-14 adalah bagi menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Ia susulan tindakan tidak wajar 12 menteri yang mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini. 

Sebelum ini, PRU menyaksikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara (kecuali Sarawak) dijalankan secara serentak.

Namun, hanya negeri Pahang, Perak dan Perlis yang akan melaksanakan pilihan raya negeri (PRN) masing-masing serentak dengan peringkat Parlimen, berikutan pembubaran DUN masing-masing.

Baki negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor serta negeri di bawah pentadbiran PAS iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN, justeru tiada pilihan raya peringkat DUN diadakan.

Negeri-negeri yang baru sahaja mengadakan pilihan raya negeri pula ialah Sabah (September 2020), Melaka (November 2021), Sarawak (Disember 2021) dan Johor (Mac 2022).  - Getaran, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95