web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Xavier Jayakumar Tak Bertanding PRU-15: Sumber

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 12:01PM

Xavier Jayakumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar akan berehat daripada politik dan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mantan Naib Presiden PKR yang baru menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu akan menyerahkan keputusannya kepada Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin dan membuat pengumuman rasmi hari ini.

Keahlian Xavier dalam PBM diumumkan oleh Zuraida pada 1 Oktober lalu.

Sumber memberitahu, keputusannya untuk berehat daripada politik dibuat selepas membincangkan perkara itu bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, walaupun punca sebenar tidak diketahui.

Xavier memenangi kerusi Parlimen Kuala Langat atas tiket PKR pada 2018, menewaskan calon UMNO dan PAS dengan majoriti 17,112 undi.

Tugas pertamanya sebagai wakil rakyat adalah sebagai Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas dari 2008 hingga 2018.

Selepas menjadi Ahli Parlimen pada 2018, beliau dilantik sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pada Mac 2021, kira-kira setahun selepas kerajaan PH jatuh berikutan Langkah Sheraton, Xavier keluar dari PKR dan gabungan PH untuk menjadi Ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih pentadbiran daripada PH.

Langkah keluar daripada PKR secara tiba-tiba membawa kepada spekulasi bahawa beliau cuba mengelak kemungkinan pendakwaan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya. – The Vibes, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 tahun yang lalu

Bukan Saya, Siapa Putar Belit Kata Xaiver Sertai PBM? - Wan Saiful

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad