web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Mesyuarat Khas SPR Bermula, Umum Tarikh Penamaan Calon Dan Mengundi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 11:52AM

Mesyuarat khas SPR bermula 10.05 pagi ini bagi menentukan tarikh penting PRU-15. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 10.05 pagi ini bagi menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah turut dibincangkan dalam mesyuarat khas itu.

Sejurus selepas mesyuarat yang dijadual berakhir 12 tengah hari, SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon, hari pengundian serta tarikh writ pilihan raya, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan untuk melaksanakan PRU15 dan PRK DUN Bugaya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu dijangka berlangsung selama kira-kira dua jam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom, Setiausaha Datuk Ikmalrudin Ishak, ahli-ahli SPR iaitu Datuk Chin Phaik Yoong, Zoey Randhawa, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Datuk Awang Sahari E.M Nadzeer dan Datuk Nik Ali Mat Yunus serta pegawai-pegawai kanan SPR.

Mesyuarat khas itu diadakan susulan pembubaran Parlimen ke-14 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Okt lepas bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PRU kali ini berbeza apabila beberapa DUN tidak dibubarkan iaitu Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak kerana belum mencapai tempoh matang manakala tiga negeri di bawah pentadbiran PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah serta tiga negeri di bawah Pakatan Harapan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan juga tidak membubarkan DUN masing-masing.

Hanya Perak, Pahang dan Perlis yang membubarkan DUN masing-masing untuk mengadakan PRN serentak dengan PRU15.

Sebelum ini, PRU yang menyaksikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali Sarawak dijalankan secara serentak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran