Berita Terkini

17 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Naratif Zahid Sebagai PM Tidak Pengaruhi Ramai Pengundi - Penganalisis

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 9:00AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik tidak yakin naratif Datuk Seri Zahid Hamidi bakal menjadi Perdana Menteri jika UMNO menguasai semula kerajaan Persekutuan yang dimain pembangkang ketika ini akan memberi kesan ketara kepada sentimen pengundi.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, “amaran” mengenai Zahid mungkin akan mempengaruhi penyokong Pakatan Harapan (PH) dan pengundi atas pagar di kawasan bandar walaupun ada kebenaran mengenai dakwaan muslihat dalam UMNO untuk mendesak presiden menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Selain itu, penganalisis juga percaya lebih banyak perkara perlu dilaksanakan oleh pembangkang untuk memenangi hati pengundi lain khususnya di kawasan Melayu.

Bercakap kepada The Vibes, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun menegaskan terdapat petunjuk jelas dalam beberapa bulan kebelakangan ini bahawa UMNO mungkin menamakan Zahid sebagai Perdana Menteri, mendahului Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Akademi itu berkata, andaian bahawa rakyat Malaysia yang berfikiran progresif akan menolak cadangan sedemikian mungkin mendorong PH menggunakan ia sebagai ‘makanan’ politik berbanding lawannya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat Malaysia berpendirian konservatif yang mungkin sebenarnya mengalu-alukan cadangan tersebut.

“Lagipun, Zahid kelihatan disambut mesra oleh akar umbi UMNO dan mereka ini selaras dengan sentimen pengundi bawahan terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.

Tambahnya lagi, naratif pembangkang mengenai Zahid sebagai Perdana Menteri hanya mengukuhkan asasnya di kalangan pengundi progresif.

Pada Sabtu lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Zahid akan menerajui kerajaan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), pandangan sama dikongsi beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain.

Bagaimanapun, sehari kemudian, Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyangkal dakwaan itu dengan menegaskan bahawa pendirian parti terhadap Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri masih kekal.

Difahamkan, seramai 151 daripada 192 UMNO bahagian baru-baru ini menyuarakan sokongan mereka kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, segelintir pemimpin DAP tidak bersetuju dengan dakwaan itu dengan mengimbau situasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini, apabila calon menteri besar UMNO tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Situasi itu menggambarkan bagaimana seseorang individu yang telah dicalonkan oleh parti tersebut mungkin tidak semestinya mengisi jawatan berkenaan.

Tumpuan juga harus diberikan kepada isu dasar

Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Rabi’ah Aminudin juga percaya bahawa naratif untuk mengalih perhatian terhadap Zahid sebagai calon Perdana Menteri Zahid, tidak mungkin mendapat banyak tarikan melebihi penyokong setia PH dan pengundi atas pagar dalam demografi tertentu.

Beliau berkata, strategi itu tidak begitu berbeza daripada 2018, apabila Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terlibat dalam kes rasuah melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjadi sasaran pembangkang.

Bagaimanapun katanya, situasi semasa sedikit berbeza kerana serangan politik terhadap Zahid tidak begitu tertumpu seperti dilakukan terhadap Najib.

“Saya rasa naratif ini mungkin sesuai untuk demografi dan kumpulan tertentu di mana terdapat ketakutan untuk Zahid menjadi Perdana Menteri. 

“Tetapi di kawasan yang mempunyai akar umbi UMNO yang kuat, ini tidak akan berhasil. Saya percaya strategi ini mungkin ditujukan kepada pengundi atas pagar di kawasan tertentu,” katanya.

Membuat perbandingan lanjut dengan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, Rabi’ah berkata, PH pada masa ini juga kurang mempromosikan dasar dan program yang akan ditawarkan kepada rakyat dalam usahanya untuk merampas Putrajaya.

“Saya tidak melihat PH datang dengan sanggahan yang kuat dari segi dasar. Hari ini, nampaknya mereka cuba memastikan peratusan keluar mengundi adalah tinggi untuk mengelak kemenangan besar bagi BN. Tetapi kita tidak melihat sebarang perdebatan mengenai dasar.

“Jika anda melihat pada 2018, lebih banyak dasar konkrit telah diumumkan, terutamanya dalam manifesto. Pada 2022, kita masih belum melihat perkara ini daripada PH, walaupun saya berharap ini akan dimasukkan dalam manifesto akan datang.

“Tetapi untuk bersikap adil kepada PH, BN tidak melakukannya juga, selain beberapa pengumuman populis untuk mengurangkan kadar tol dan menghapuskan hutang bagi kumpulan tertentu.” – The Vibes, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

2

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

3

Semasa 2 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

4

Politik 4 bulan yang lalu

UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 14 jam yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 14 jam yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled