web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Allah Jadi Saksi, Tiada Apa Perlu Disembunyi Melainkan…’ - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 8:00PM

Asyraf Wajdi berkata ramai menjadi saksi bahawa dirinya tidak menipu atau memungkiri sebarang janji. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau bercakap benar mengenai isu 47 kerusi dijanjikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada PAS jika parti itu memilih bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jelas Asyraf Wajdi, ramai menjadi saksi bahawa dirinya tidak menipu atau memungkiri sebarang janji untuk tidak mendedahkan gambar pertemuan membabitkan pemimpin tertinggi UMNO dan PAS yang diadakan baru-baru ini.

“Allah menjadi saksi, ramai juga menjadi saksi bahawa saya tidak merapu dan tidak menipu, jauh sekali memungkiri sebarang janji. Berani kerana benar,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook miliknya.

Malah beliau turut memaklumkan tiada sebarang permintaan supaya gambar pertemuan itu dirahsiakan.

“Lagipun kenapa takut untuk mendedahkan pertemuan yang punya niat baik?

 “Tiada apa yang perlu dirahsiakan melainkan PAS takut rakannya, BERSATU marah sebab jumpa kembali dengan UMNO secara senyap-senyap!” tegasnya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan wujudnya tawaran 47 kerusi daripada BERSATU yang menjadi punca parti itu memilih bersama PN.

Beliau menegaskan isu 47 kerusi itu tidak disebut dalam perbincangan antara pemimpin UMNO dan PAS sewaktu pertemuan yang didedahkan Asyraf Wajdi pada Jumaat lalu.

“Tak betul, dia merapu. Dia (Asyraf) tak terlibat pun dalam mesyuarat tu. Bahkan kita dah ingatkan agar tidak keluarkan gambar yang beliau ambil, sebab pertemuan tertutup. Dia mungkir janji.

“Hanya empat orang yang tahu apa perincian perbincangan. 47 kerusi tidak pernah disebut dalam perbincangan.

“Masalah utama bukan jumlah kerusi, kerana ia tiada perincian dalam perbincangan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Harun Esa menyifatkan tindakan Asyraf Wajdi menyebarkan gambar pertemuan tertutup berkenaan sebagai perbuatan terkutuk dan tidak amanah.

“Dahulunya gambar dan isi perbincangan ini tersebar melalui sumber dalaman atau sumber tak mahu dikenali. Namun, kes kali ini sumber tersebut sangat mahu dikenali.

“Sangat rendah dan tiada nilainya Asyraf Wajdi mahu dikenali sebagai pembocor rahsia. Pastinya ini bukan sifat seorang pemimpin,” katanya.

Menurut Mohd Harun, ‘sikap gelojoh’ Asyraf Wajdi itu juga dipercayai untuk mencari kerusi selamat dalam PRU-15 selepas tewas dua kali pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Kita memahami Asyraf Wajdi mungkin terdesak untuk mencari kerusi selamat dalam PRU nanti setelah dua kali tewas pada PRU lepas.

“Namun jangan menjadi hero yang belum sempat bertumbuk sudah rebah,” katanya. - Getaran, 18 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Fitnah MARA: Mas Ermieyati Setuju Bayar Ganti Rugi RM50,000

4

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95